MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Geek Fam Juara PMPL MY SG PH FALL 2022

ai hyprgame
Kongsi
Geek Fam Juara PMPL MY SG PH FALL 2022

Semalam berakhirnya perjalanan 16 pasukan bersaing bagi merebut gelaran Juara PMPL MY SG PH Fall 2022. Akhirnya Geek Fam telah meraih kutipan lebih 300 mata tertinggi sekaligus dinobatkan sebagai juara PMPL MY SG PH Fall 2022 ini.

Ini merupakan kemenangan kedua kalinya Geek Fam setelah mendominasi peringkat Liga 3 minggu berturut-turut pada 2 minggu yang lalu.

Akhirnya mereka konsisten sehinggalah ke babak Country Finals ini untuk mengekalkan kedudukan di Top 1 PMPL MY SG PH Fall 2022.

Geek Fam mencatat 19 Elims dan Double WWCD Win Win Chicken Dinner di babak akhir Country Finals semalam sekaligus mengunci slot mereka di PMPL SEA Fall 2022 pula.

Ini menjadikan Geek Fam pasukan pertama yang mewakili Malaysia bagi slot ke PMPL SEA Fall 2022 dan bertemu dengan pasukan pasukan daripada negara lain pula.

Selain Geek Fam, pasukan SEM9, 4Rivals dan Yoodo The Alliance juga akan melangkah bersama-sama Geek Fam ke slot PMPL SEA Fall 2022 nanti.

Nampaknya impian peminat dan komuniti PUBG untuk melihat pasukan ini beraksi di SEA setelah beberapa musim menuggu akhirnya, semalam SEM9 menunjukkan prestasi yang memuaskan dengan mendapat kedudukan Top 2 didalam carta. SEM9 berjaya mencatat Total Points sebanyak 255, Double WWCD dan 87 Elims.

Walaupun prestasi mereka tidak memuaskan di pusingan Liga, 4Rivals berjaya bangkit di pusingan akhir Country Finals apabila mengunci kedudukan selamat mereka di Top 3 dengan 249 Total Points, Double WWCD serta 91 Elims.

Pasukan Yoodo The Alliance pula sempat membuat comeback bagi mendapatkan tempat mereka di SEA apabila menjadi Top 4 semalam. Sebanyak 226 jumlah mata, 81 Elims dan Double WWCD diperolehi oleh pasukan ini semalam.

Untuk pengetahuan anda, masih ada satu lagi slot ke SEA dibuka kepada pasukan yang mendapat Top 5, Top 6 Top 7 di babak akhir Country Finals semalam.

Pasukan DBD (Don’t Break Dreams) berada di Top 5 dengan jumlah mata sebanyak 218, 71 Elims, dan Double WWCD. Diikuti oleh NSEA (Negeri Sembilan Esports Association) berjaya mencatat 203 jumlah mata, 56 Elims dan WWCD sehingga membawa mereka di kedudukan Top 6. Akhir sekali Team Haq di Top 7 dengan catatan mata sebanyak 193, 62 Elims dan WWCD.

Ketiga-tiga pasukan ini akan bersaing sekali lagi di SEA Play-Ins bagi merebut slot mereka di SEA. Teruskan menyokong pasukan-pasukan kita yang akan mewakili Malaysia di SEA nanti !

Tahniah buat semua pasukan yang menyertai PMPL MY SG PH Fall bermula daripada Liga sehinggalah ke babak Country Finals ini. Apa-apapun kalah dan menang adalah adat bertanding. Usaha lagi bagi musim yang akan datang dengan sportsmanship yang lebih baik, GG!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya