MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Dominasi Homebois, THQ Dan SMG Penutup Minggu 4

ai hyprgame
Kongsi
Dominasi Homebois, THQ Dan SMG Penutup Minggu 4

Minggu ke-4 MPL MY musim ke-10 telah menyaksikan kebangkitan dan dominasi Team Haq, SMG dan Homebois sebagai penutup hari terakhir semalam.

Kita menyaksikan Team Haq masih kekal berada di posisi pertama kumpulan A selepas mereka menumpaskan RSG MY dengan skor 2-0. Disamping itu Mann daripada Team Haq juga dinobatkan sebagai MVP game pertama setelah berjaya beradaptasi Mathilda dengan baik sekali. Tidak lupa juga kepada Garyy yang dikatakan seperti seorang idola apabila bijak beraksi dengan Hero Ling.

Nampak gayanya raja comeback MLBB tumpas sekali lagi semasa pertempuran dengan SMG MY yang berbalas 2-0. Akhirnya Xorn berjaya membalas dendam kepada Todak bersama SMG di MPL MY S10 ini setelah lama menantikannya. Tidak kurang juga hebatnhya Box yang bijak bermain diluar kotak dengan menggunakan Paquito sebaiknya sekaligus dinobatkan sebagai MVP of the game!

Perlawanan sengit antara Homebois dan RED Esports juga dikatakan agak sengit semalam dengan skor 2-1. Chibi begitu menyerlah apabila berjaya menyempurnakan misinya untuk mendapatkan kill bagi mempengaruhi kemenangan Homebois semalam.

Itulah dia sedikit Recap yang mampu kami berikan menerusi sumber MPL MY S10 yang telah pun menutup babak minggu ke-4 nya dengan penuh kejutan dan kemeriahan daripada penyokong di Quill City Mall. Jangan lupa untuk terus menyokong pasukan kegemaran anda di minggu ke-5 pula. Apakah mereka akan konsisten di minggu hadapan?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *