MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Vampire Esports Juara Acara Utama PMWI 2022

ai hyprgame
Kongsi
Vampire Esports Juara Acara Utama PMWI 2022

PUBG Mobile World International PMWI 2022 yang telah menyaksikan pelbagai pasukan daripada pelusuk dunia beraksi telah pun tamat selepas 3 hari berlangsung. Pasukan Vampire Esports telah dinobatkan sebagai juara acara utama PMWI 2022 di Riyadh, Arab Saudi.

Kredit : PUBG Mobile Esports

Vampire Esports telah mendominasikan permainan PMWI 2022, dan mengekalkan prestasi terbaik mereka sehingga ke hari terakhir dengan Total Points yang lebih 200 mata sekaligus menunjukkan merekalah pasukan PUBG MOBILE terbaik di pentas dunia ini.

Walaupun bukan pasukan Malaysia yang menjadi juara acara utama PMWI 2022 ini, kita masih berbangga kerana pasukan Vampire Esports merupakan pasukan daripada SEA. Selain menjadi juara, pasukan Vampire Esports juga mempunyai 2 ahli mereka yang hebat kerana telah mendapat Anugear Individu didalam kategori “Grenade Master” iaitu WAVE, dan juga Mike bagi kategori “Gunslinger”.

Menerusi Overall Ranking yang disediakan oleh PUBG Mobile Esports Malaysia, pasukan Vampire Esports berjaya mencatat 220 jumlah mata terkumpul, 112 singkiran, dan sempat Triple WWCD di pusingan akhir hari terakhir PMWI 2022. Tahniah sekali lagi buat Vampire Esports.

Nampaknya pasukan Tuan Rumah, Team Falcons telah berjaya menjadi second runner-up bagai acara utama PMWI 2O22 ini. Mereka mencatat 93 Elims, sempat makan Triple WWCD, dengan jumlah mata yang agak jauh dengan Vampire Esports iaitu sebanyak 197. Walaubagaimanapun, mereka menjadi pasukan Top 2 yang mendapat jumlah mata tertinggi berbanding lagi 16 pasukan lain yang bertanding.

Persaingan yang diberikan oleh Team Falcons juga akan sengit kerana hampir meraih kedudukan Top 1, cuma mungkin kali ini bukan rezeki mereka untuk merampasnya daripada pasukan Thailand Vampire Esports.

Top 3 pula dimenangi oleh pasukan daripada Mongolia iaitu Stalwart Esports dengan mencatat 81 singkiran, Double WWCD, dan jumlah mata sebanyak 180.

Kejayaan Stalwart Esports atau lebih dikenali sebagai STE ini ibarat satu “Comeback” kerana sebelum ini mereka tidak dapat menghadirkan diri pada PMWI musim lalu. Akhirnya memreka telah membuktikan yang mereka mampu memberikan Firepower dan corak permainan yang terbaik sepanjang PMWI 2022 ini pula.

Dua lagi pasukan yang berada di Top 5 dan Top 4 adalah pasukan Nigma Galaxy dan juga DWG KIA telah melayakkan diri mereka ke minggu berikutnya bersama Vampire Esports, Team Falcons dan STE ke pertempuran terakhir “Finale”.

Buat pasukan Malaysia iaitu 4Rivals walaupun tidak berjaya mara ke pusingan selanjutnya seperti target Top 5, mereka telah mendapat pengalaman Offline di pentas antarabangsa. Ini merupakan pengalaman yang berharga kerana diantara ramai pasukan Malaysia, mereka terpiloih untuk mewakili Malaysia. Semoga mereka akan comeback bagi acara musim yang akan datang nanti.

Harus diingat yang perjalanan 4Rivals masih belum selesai kerana mereka masih harus pulang ke tanah air menggalas tanggungjawab untuk mengekalkan prestasi yang baik di Grand Finals PMPL MYSGPH Fall 2022 yang akan akan berlangsung tidak lama lagi.

Kredit : PUBG Mobile Esports

Untuk pengetahuan, sebanyak USD 2,000,000 akan menjadi prize pool terbanyak bagi PMWI 2022 ini, kemudian wang terkumpul ini akan dibahagikan mengikut kedudukan pasukan tersebut. Juara akan memenangi $500,000, Tempat Kedua $300,000 , dan Tempat Ketiga $160,000. Trofi kemenangan dan hadiah akan berlangsung di Boulevard Riyadh City, Arab Saudi.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *