MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Bersedia Untuk MCPS Major Tournament Season 4?

ai hyprgame
Kongsi
Bersedia Untuk MCPS Major Tournament Season 4?

Setelah pendaftaran dibuka sejak 12 Ogos dan 13 Ogos 2022, kini Free Fire MCPS Major akan membuka tirainya pada hari ini 14 Ogos 2022 hari ini, pada jam 1pm.

Prize Pool terkumpul sebanyak USD70,000 akan menjadi tawaran hebat buat mereka yang menyertai dan bersaing didalam acara ini.

Adakah anda sudah bersedia untuk mewakili negara anda bagi MCPS Musim ke-4 ini? Setelah mendaftar dalam permainan, anda akan bertarung dengan skuad anda untuk merebut gearan Juara MCPS musim ke-4 ini.

MCPS kini kembali di musim ke-4 dengan 4 negara yang akan bersaing menjadi juara esport seterusnya di region ini. Adakah anda mempunyai apa yang diperlukan sebagai Juara MCPS musim ini? Kita tunggu dan lihat nanti.

Di media sosial rasmi Garena Free Fire telah mengumumkan akan pelancaran acara Free Fire MCPS Major Season 4 yang terdiri daripada penyertaan Sri Lanka, Malaysia, Cambodia dan Filipina.

Untuk pengetahuan anda, pemain yang ingin menyertai perlu berada di level 20 dan mempunyai sekurang-kurangnya 1 Battle Royale Diamond untuk melayakkan diri mereka menyertai ” in-game qualifiers ” yang berlangsung menerusi held “The Arena” Free Fire.

Tahniah kepada pemain yang berjaya mendapatkan slot mereka bagi menyertai acara hari ini sekaligus dapat bersaing dengan pemain daripada negara lain.

Hanya 15 pasukan sahaja yang akan mara ke pusingan kelayakkan untuk sama-sama bersaing dengan pasukan profesional seperti Orange Esports, WATCHNLEARN, VETE eSports, and Anxiety untuk memenangi acara ini.

Orange Esports, WATCHNLEARN, VETE eSports, and Anxiety adalah antara pasukan yang dijemput secara terus daripada kemenangan mereka di Free Fire Challengers Series (FFCS S2) baru-baru ini.

Kredit : Free Fire

Peringkat kelayakkan final akan menentukan 18 pasukan ini akan mara ke minggu ke-4 bulan September untuk bersaing di League Circuit bagi slot Grand Final nanti.

Pasukan yang bertahan lama daripada FFCS S2, dan The MCP Majors S3 akan terus melayakkan diri mereka ke peringkat liga ” League Stage”. Antara pasukan yang terlibat bagi kedua-dua acara FFCS S2 dan The Majors S3 ini terdiri daripada pasukan Farang, Todak, Blacklist International, dan juga Bloody Heads.

Seperti musim lalu, MCPS Majors musim ke-4 ini akan menentukan pasukan manakah yang akan mewakili MCPS setiap negara bagi acara Kejohanan Dunia nanti. Ini akan menjadi “benchmarks” kepada pasukan-pasukan ini membuktikan yang diri mereka mampu menjadi juara dunia esukan Free Fire.

Kredit : @PinoyTechSaga

Pusingan kelayakkan ke final akan bermula pada 20 Ogos 2022 sehingga 21 Ogos 2022. Kemudian diikuti oleh peringkat Liga pada 3 September sehingga 25 September 2022. Pasukan yang layak akan ke peringkat Grand Finals pada 8 Oktober 2022 sehingga 9 Oktober 2022 ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya