MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

ESL ONE Malaysia 2022 Akan Menemui Anda

ai hyprgame
Kongsi
ESL ONE Malaysia 2022 Akan Menemui Anda

Selepas 2017 dan 2018, ESL One Malaysia kembali lagi bagi tahun 2022 yang akan diadakan di Genting Highland pada 26 Ogos sehingga 28 Ogos 2022 ini. 

Dikuasakan oleh Intel yang telah berkolaborasi lama dengan ESL, acara ini akan menjadi acara ketiga yang bertempat di Arena Of Stars Genting Highland Malaysia. 

ESL One Malaysia akan menjadi tempat terbaik bagi untuk setiap peminat DOTA 2 berkumpul merebut gelaran juara dan membuktikan kebolehan mereka sebagai pemain profesional esukan DOTA 2. 

Seramai 12 pasukan terbaik di dunia akan bertanding bagi merebut hadiah terkumpul sebanyak $400,000. 

May be an image of 1 person and text that says 'poweredby intel 0 ESL ONE MALAYSIA 2022 AUGUST 23-28 Lenat wald™ GENTING OG 不 FNATIC ALLIANCE TEAM LIQUID CONFIRMED TEAMS TEAM SECRET NIGMA GALAXY ENTITY TEAM ASTER BOOM BOOM ESPORTS AD TSMFTX TALON ESPORTS TSM FTX THUNDER AWAKEN'
Kredit : ESL Dota 2

Untuk pengetahuan anda, 12 pasukan yang akan menyertai ESL One Malaysia 2022 ini adalah terdiri daripada OG, Fnatic, Alliance, Team Liquid, Team Secret, Nigma Galaxy, TBD, Boom Esports, Talon Esports, Thunder Awaken, Team Aster, Entity dan TSM FTX. 

Acara ini juga akan ditonton secara live bagi peminat DOTA 2, ESL One Malaysia 2022 ini. 

Bagi peringkat berkumpulan 12 pasukan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan ini akan mempunyai 6 pasukan bagi “Single Round-Robin”, dan mendapatkan Best Of 2 “Bo2” Menerusi pusingan tersebut itu nanti, 2 pasukan terbaik akan ke Upper Bracket (Playyoffs), kemudian pasukan Top 3 dan Top 4 akan mendapat peluang kedua ke Lower Bracket (Playoffs). Manakala pasukan yang berada di kedudukan ke-5 dan ke-6 akan tersingkir. 

Kredit : ESL Dota 2

Peringkat Playoffs akan bermua pada 26 Ogos sehingga 28 Ogos ini akan akan “Double Elimination” bagi pusingan tersebut. Kemudian pasukan yang bertanding mesti menjadi Bo3 dengan memenangi sekurang-kurangnya 2 match.

Seterusnya, Bo5 akan ke bertempur pula ke Grand Final ESL One Malaysia 2022. Pasukan manakah yang anda agak akan memenangi perlawanan ini? 

Buat anda yang tidak berjaya mendapatkan tiket untuk ke acara ini, usah khuatir kerana anda boleh saksikan ESL One Malaysia di platform media sosial eGG Network, Astro Go dan Sooka Malaysia secara live nanti.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton dan update terkini acara terbesar dengan penonton yang ramai di Asia Tenggara ini. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *