Selain Mobile Legends Bang Bang, Team SMG juga aktif didalam divisi Dota 2. Lebih menarik adalah apabila mereka mendapat jemputan untuk menyertai Gamers Galaxy: Dota 2 Invitational HatYai Thailand 2022
Di media sosial rasmi milik Team SMG telah memuatnaik satu hantaran berkaitan menjadi pasukan jemputan ke Gamers Galaxy: Dota 2 Invitational HatYai Thailand 2022
Galaxy Racer telah membuat pengumuman di media sosial rasmi mereka berkenaan Kejohanan Gamers Galaxy: Dota 2 Invitational HatYai Thailand 2022. Kejohanan ini merupakan sebahagian daripada acara jemputan di Thailand pada siri 2022.
Prize Pool sebanyak USD 150,000 akan menjadi rebutan kepada pasukan yang bertanding bagi Kejohanan Gamers Galaxy: Dota 2 Invitational HatYai Thailand 2022.
Pasukan dari Asia Tenggara akan mengambil bahagian didalam kejohanan ini, sebagai persiapan untuk mereka bersedia sebelum The International 2022: Southeast Asia Qualifier. GAMERS GALAXY: Dota 2 Invitational HatYai Thailand 2022 yang akan bermula pada 18 Ogos 2022 sehingga 20 Ogos tahun yang sama.
Kejohanan ini akan berlangsung di HatYai Thailand yang merupakan sempadan Malaysia. Bagi format pertandingan ini belum lagi diberitahu oleh pihak yang menganjurkan kejohanan ini.
Selain Team SMG, ada 7 lagu pasukan yang akan menjadi peserta kepada acara ini iaitu Army Geniuses, BOOM Rivalry, Execration, Fnatic, Polaris Esports, RSG dan Talon Esports.
Imbas semula The International 2022 : Southeast Asia Qualifier yang akan berlangsung daripada 3 Ogos sehingga 18 Ogos 2022 ini, seramai 16 pasukan yang
tidak berjaya di TI 2022 akan bersaing secara dalam talian (online) bagi mendapatkan satu lagi slot ke The International 2022. Manakala pemenang tempat ke-2 dan ke-3 akan diberikan peluang sekali lagi di pusingan kelayakan.
Semoga berjaya Hyprgame ucapkan kepada Team SMG untuk acara ini!
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!