MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Minggu 2 Siapakah Yang Akan Mendominasi?

ai hyprgame
Kongsi
Minggu 2 Siapakah Yang Akan Mendominasi?

PMPL MYSGPH  Fall 2022 kini telah sampai ke minggu ke-2 hari ini, seperti biasa perlawanan  minggu ke-2 akan berlangsung bermula jam 6 petang hari ini. Setakat ini pasukan Geek Fam telah mendominasikan markah tertinggi pada minggu-1 yang lalu. Siapakah yang akan mendominasikan minggu ke-2 ini? 

Menurut overal ranking PMPL MYSGPH Fall 2022, pada minggu -1 setakat ini pasukan Geek Fam berjaya mengumpul 100 Elims Milestone. Kemudian diikuti oleh Team Secret di tangga ke-2 carta. 

Ini bermakna hanya 2 pasukan sahaja yang mendapat kutipan mata tertinggi 100 Elims sepanjang minggu yang lalu. 

Pasukan-pasukan lain masih lagi jauh ketinggalan daripada Geek Fam dan Team Secret, adakah pasukan 4 Rivals atau YoodoAlliance akan menyerlah?

Masih ramai lagi peminat mereka yang inginkan 4Rivals dan YoodoAlliance bangkit dan cuba mengejar pasukan Geek Fam yang mempunyai kekuatan hebat sekarang iaitu Uhigh. 

Adakah pasukan lain mampu menewaskan Uhigh yang telah memberikan aksi terbaik sekaligus menjadi MVP minggu 1 itu? 

Untuk pengetahuan, Uhigh sempat mendapat 35 eliminations buat dirinya, dan 112 jumlah kill buat pasukannya Geek Fam dengan 1 Chicken Dinner! Adakah mereka akan konsisten hari ini? Kita tunggu dan lihat nanti ya !

Teruskan menyokong pasukan kegemaran anda bagi PMPL MYSGPH FALL 2022 ini. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *