MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Hari Ke-2 PMPL, Giliran Sem9 Merampas Tahta!

ai hyprgame
Kongsi
Hari Ke-2 PMPL, Giliran Sem9 Merampas Tahta!

Setelah menyelesaikan hari kedua PMPL MYSGPH semalam, pasukan SEM9 akhirnya berjaya berada di Ranking kedua musim luruh 2022 ini. Malahan pasukan Nsea juga berjaya comeback selepas mendapatkan dua kali WWCD semasa perlawanan tersebut. Adakah hari ini akan mengubah posisi mereka sekali lagi? 

May be an image of text that says '2022 PMPL MY/SG/PHFALL PUBGMOBILE BETHE#1 PRO LEAGUE WEEKL Y RANKINGS WEEK1DAY2 RANK TEAM ELIMS (AP MATCHES SEM9 TOTAL RANK TEAM 8 #2 NSEA 42 #11 MATCHES SMG TOTAL THQ #12 DBD GEEK 41 #13 YALL TS 35 #5 #6 #14 GNX MAB #15 FRG #16 #8 BOSS CRVP #17 HYVE AXIS #9 #10 #18 DoZ RSG #19 4RVL #20 ON MGN PUBG 8 KRAFTON EsportsMalaysia tiktok.com/@pubgmobileofficialmy PUBGMOBILEMalaysia Malaysia realme yood0'
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Ianya bermula apabila Dev daripada pasukan SEM9 berjaya meraih 6 singkiran diawal perlawanan, sekaligus Putra juga beraksi agresif semasa berada di pusingan terakhir. Sehinggakan Sem9 konsisten dan meluncur laju ke ranking Top 1. 

Kredit : Youtube PUBG Melayu

Pasukan Nsea juga tidak kurang hebatnya kerana mereka cuma berada dibelakang SEM9. Jika dikira mereka memang hampir ke top 1 dengan kepaduan yang ditunjukkan semasa perlawanan hari kedua itu. Pemenang Pingat Sukan Sea ini menjadi pasukan pertama yang mendapatkan dua kali WWCD sekaligus dengan 100 points di PMPL MYSGPH FALL. Nampaknya MVP Franky dan pasukan benar-benar mempertahankan pengkalan mereka. 

Bermula daripada kedudukan ke-7, Team Haq bangkit semula menuju ke Top 3 selepas berjaya meraih WWCD di match ke-3 semalam. 

Malahan beberapa pasukan lain juga sudah mula dengan rentak yang lebih baik apabila memasuki hari kedua PMPL MYSGPH FALL 2022. 

Ini kerana posisi akan bertukar-tukar setiap hari, setiap saat dan ketika kerana masing-masing ingin merebut tahta Finale PMPL MYSGPH FALL 2022. Perjalanan mereka masih lagi jauh, apa sahaja boleh berlaku sepanjang perjalanan mereka menuju ke garisan penamat. 

Pasukan Geek Fam secara keseluruhan pada hari kedua PMPL MYSGPH FALL 2022 telah mendapat 41 Elims, dengan 81 Total Points. Ini menjadikan mereka berada di tangga ke-4 pada perlawanan tersebut. 

Manakala Team Secret pula bertukar posisi dengan berada di tangga ke- 5 pada perlawanan kelmarin. Dengan 40 Elims dan Total Points sebanyak 79, apakah mata dan tangga ini akan berubah pada hari ke-3 PMPL MYSGPH FALL 2022? 

Semangat buat pasukan Genexus apabila figura baharu mereka iaitu GNX XIAOBOY telah memakan grenade daripada Uhigh. Malahan Draxx daripada pasukan SMG cuba melontar grenade dengan niat untuk menyingkirkan Nsea, tetapi sayang sekali grenade yang dilontarkan tidak berjaya menumpaskan Nsea, malahan mereka sekaligus meraih Double WWCD di perlawanan semalam. 

Semoga momentum ini konsisten pada hari ke-3 PMPL MYSGPH FALL 2022 ini!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *