MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Battle In Style, Debut Baharu Free Fire

ai hyprgame
Kongsi
Battle In Style, Debut Baharu Free Fire

Melihat logo baharu Free Fire pasti semua sudah mengagak yang Free Fire telah melakukan revamp bukan sahaja pada logonya, malahan pada ikon, font, serta grafiknya yang tersendiri. 

Kredit : Youtube

Ini akan memberikan pemain dengan pengalaman baharu yang mengasyikkan. Menerusi kongsep “Battle In Style” yang diumumkan pada tahun lalu, pengubahsuaian, serta kempen telah pun banyak dilakukan oleh Free Fire bagi komuniti mereka. 

Sempena wajah baharu Free Fire, Pemain akan dijemput untuk menyertai kempen “Battle In Style” yang akan menampilkan watak permainan Maxim sebagai karakter protagonis. 

Untuk pengetahuan anda, Video atau Filem Free Fire Battle In Style ini telah pun dimuatnaik di media sosial Free Fire bagi menarik minat komuniti Free Fire untuk menyertai kempen ini. 

Kredit : Free Fire

Secara ringkasnya, filem ini akan mengisahkan tentang seorang pekerja kedai biasa yang bosan dengan rutin hariannya melepaskan dirinya daripada kebosanan tersebut melalui karakter permainannya, Maxim. Karakter ini akan hidup didalam permainan dan berkembang dengan penuh gaya. 

Kredit : Twitter Garena Free Fire North America

Semangat dan motivasi baharu bagi anak muda untuk tidak mengaku kalah didalam kehidupan mereka. 

Kerjasama FF Co-Lab dalam mencipta program ini akan menjadi sebahagian daripada pelancaran kepada wajah baharu Free Fire. Kerjasama ini akan membolehkan pemain, atau industri e-sukan khususnya untuk mencipta kandungan yang lebih baik dan menarik. 

Kredit : Facebook Garena Free Fire EU

Malahan font penjenamaan Free Fire ini khas direka oleh Akira Kobayashi yang boleh dilihat oleh komuniti Free Fire menerusi tajuk dan ciri-ciri didalam permainan. Jom ketahui lebit lanjut mengenai kolaborasi ini melalui Youtube Free Fire dan laman sosialnya yang lain. 

Sempena kempen ini Free Fire akan menawarkan lebih banyak ganjaran dan tawaran menarik kepada komuniti seperti acara Battle In Style yang merangkumi Ganjaran Masa Bermain, Ganjaran Log Masuk, Item Ekslusif, Ganjaran Misi Bonus dan lain-lain lagi tawaran kepada pemain. Nak tahu lebih lanjut lagi berkenaan kempen ini, ikuti media sosial Garena Free Fire seperti Facebook, Youtube, Twitter dan Instagram.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *