MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Team Secret, SEM9, Geek Fam Dominasi WWCD

ai hyprgame
Kongsi
Team Secret, SEM9, Geek Fam Dominasi WWCD

Hari pertama di minggu pertama telah pun menyaksikan pasukan Team Secret, Sem9 dan Geek Fam mendominasikan PMPL MYSGPH FALL 2022. Ini merupakan pembukaan yang cukup menarik bagi komuniti PUBG Mobile khususnya di Malaysia. Apakah mereka akan konsisten sehingga ke penghujung PMPL MYSGPH FALL 2022?

May be an image of text that says '2022 PMPL MYISG/PHFALL PUBGMOBILE BETHE#1 PRO LEAGUE WEEKLY RANKINGS WEEK1DAY WEEK RANK TEAM ELIMS MATCHES TS TOTAL RANK TEAM #2 67 GEEK RANKP #11 ELIMS MATCHES TOTAL SEM9 #12 YALL AXIS #13 #5 4RVL MAB #14 DoZ RSG #15 CRVP 加 THQ #16 #7 #8 #9 FRG DBD #17 GENEXUS GNX NSEA #18 #10 SMG HYVE #19 #20 ON FANPAGE BOSS KRAFTON 34407 tiktok.com/@pubgmobileofficialmy PUBGMOBILEMalaysia Malaysia .esports.sg realme yood0'
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Setelah kembalinya Uhigh ke Malaysia daripada pasukan BTR Indonesia, dia berjaya membawa Geek Fam untuk mendapatkan Win Win Chicken Dinner WWCD pada match 1 ketika di Sanhok.

Gandingan UHIGH, MICA dan SNIPES telah memberikan Firepower yang hebat ketika pusingan tersebut. Menerusi match pertama dengan 13 Elims ketika itu, kembalinya Uhigh benar-benar menjadi seorang terminator ! Malahan Geek Fam juga hampir mendapatkan WWCD yang kedua. 

Manakala Team Secret pula memberikan kejutan yang hebat buat komuniti PUBG Mobile di minggu 1, hari 1 PMPL MYSGPH FALL 2022 apabila KID dengan 17 Elims dan 7 singkiran pada awal pusingan memberi peluang kepada Team Secret bangkit menjadi TOP 1. 

Kredit : Youtube PUBGM Melayu

SEM9 dengan kehebatan HARM berjaya menyingkirkan pasukan terakhir NSEA sekaligus mendapatkan lebih ruang untuk menumpaskan Team Secret ketika itu. Pasukan SEM9 juga berjaya mendapatkan WWCD ketika diminggu pertama semalam. Terkini pasukan Sem9 berada di Ranking Top 3 didalam carta penuh hari pertama semalam. 

Kredit : Youtube PUBG Mobile Malaysia

Selain Team Secret, SEM9 dan Geek Fam, pasukan lain seperti Axis Esports, Don’t Break Dreams, masing-masing menunjukkan prestasi yang baik ketika perlawanan hari pertama di minggu pertama PMPL MYSGPH FALL 2022 semalam. 

Ini merupakan permulaan yang baik sekali untuk pasukan-pasukan OG kita TEAM SECRET, GEEK FAM dan SEM9. Malahan menjadikan kenangan yang manis bagi penutup hari pertama buat Team Secret kerana berjaya meletakkan KID menjadi terminator di ranking 1 PMPL MYSGPH FALL 2022 ini. 

Dengan mengumpul jumlah keseluruhan Elims sebanyak 32 mata singkir melalui 4 pusingan yang Team Secret  mainkan, mereka kini berada TOP 1 hari pertama PMPL MYSGPH FALL 2022. 

GG buat semua pasukan yang perform pada hari pertama PMPL MYSGPH FALL 2022! 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *