MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Superboi Comeback Di PMCT !

ai hyprgame
Kongsi
Superboi Comeback Di PMCT !

Masihkah anda mengingati Superboi yang merupakan salah seorang pemain PUBG Mobile Malaysia didalam pasukan Anti Circle? Kini Shah Rizuan atau lebih dikenali sebagai Superboi didalam arena kompetetif PUBG Mobile ini kembali di PMCT pula!

May be a cartoon of text that says 'PUBG MOBILE MALA CITYTOURNAMENT •MALAYSIA NAMENT PMCT QUALIFIED SQUAD CENTRAL ZONE FSZ LOCO FT TDK GR ANTICIRCLE AC FARANG FRG XESPORT BAH LXGL SURVIVOR LAST ST VeGT IMMORTAL VICTORY IVSY 4RVL TJB TJB Ck NEMESIS HK KIRA LIVE ON ELRA FAN PAGE: PUBG MOBILE (MY) PUBG MOBILE Esports Malaysia KRAFTON Tencent Games PUBG MOBILE Malaysia'
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Superboi memulakan langkahnya di arena e-sukan PUBG Mobile apabila menyertai PMPL MYSG Musim Ke-4, PMPL MYSG Musim Ke-3, dan juga PMPL MYSG Musim Ke-2. Malahan Superboi sempat beraksi didalam Squad Up pada tahun 2020. 

Kredit : Youtube Isal Games

Nampaknya PUBG Mobile City Tournament PMCT kali ini semakin menarik apabila munculnya seorang senior didalam arena e-sukan ini iaitu Superboi.

Untuk pengetahuan, perlawanan kelayakan bagi Zon Tengah PMCT telah pun berakhir dan seramai 16 pasukan telah pun melayakkan diri mereka bagi perlawanan offline di Paradigm Petaling Jaya pada hujung minggu ini. 

16 pasukan yang tersenarai ialah  LOCO SAVIOUR,  FTSLR, Todak,  GUERRA KEPADUAN, FARANG ELEMENTUS, BERUBAH GAMING, LX GLORIOUS, Last Detonatorz,  UNITY STONED, IVICT SAIYAN, 4RVL SIXTEEN X MPX, TJB ESPORT MY, HK NEMESIS, 4KIRA HANTU, ELRA ST3LLA, dan tak lain tak bukan lagi pasukan ANTI CIRCLE yang sudah berpengalaman melangkahkan kaki di PMPL musim yang lalu. 

Jadi pakar PUBG Mobile, ikut cara coach Anti Circle, Slydd | Astro Awani
Kredit : Astro Awani

Dah alang-alang nak layan PMCT hujung minggu ini, jangan dilupakan pula dengan Watch Party sempena PMPL MYSGPH yang juga akan berlangsung selepas perlawanan PMCT. 

Adakah pasukan Anti Circle bersama Superboi akan berjaya mara ke PMNC untuk memperjuangkan slot kembali ke PMPL? Apakah sejarah bakal tercipta? Kita tunggu dan lihat nanti ya. 

Selain pusingan perlawanan Squad Final Zon Central, pusingan PMCT Ladies juga akan diadakan secara offline di Paradigm Mall, Selangor bermula jam 10 pagi pada 23 dan 24 Julai ini!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *