Saksikan MV tayangan penuh “Fight” yang dilancarkan di platform media sosial Youtube hari ini 17 Jun 2022, pada jam 8.30 malam. “Fight”, merupakan kolaborasi Garena Free Fire bersama kumpulan Pop Dolla. Menangi Barangan Ekslusif daripada Garena Free Fire dengan tandatangan Dolla.
Kolaborasi istimewa ini adalah khas untuk acara tempatan Garena Free Fire yang akan berlangsung pada Isnin ini.
Sejajar dengan kempen “Free Fire Untuk Semua Budaya”, muzik video yang bertajuk “Fight” ini akan menampilkan kepelbagaian budaya, bahasa dan unsur tradisional.
Untuk pengetahuan kempen ini akan berlangsung bermula daripada 13 Jun hingga 30 Jun 2022. Manakala 25 Jun 2022, jam 7.30 malam sesi siaran langsung bersama DOLLA pula akan diadakan.
Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya akan meraikan semua budaya bersama anda.
Jangan lupa untuk menyertai acara Free Fire ini bagi meraih pelbagai hadiah menarik dan tawaran hebat daripada Garena Free Fire.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!