MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

The Real King Of Comeback Todak Tumpaskan Omega

ai hyprgame
Kongsi
The Real King Of Comeback Todak Tumpaskan Omega

Nampaknya Todak benar-benar telah menjadi King Of Comeback apabila berjaya menumpaskan Omega Esports dengan total skor 2-1 di pusingan Playoffs MSC 2022.

Kredit : Youtube MYGaming

Debaran kian terasa apabila pasukan Todak dan Omega Esports memiliki mata yang seri pada perlawanan yang pertama hingga kedua Playoffs MSC 2022.

Kredit : Youtube Hilman Aufa

Memang Todak benar-benar mengejutkan Malaysia apabila akhirnya Todak berjaya mendapatkan satu lagi skor pada match yang ke-3, minit terakhir dengan mengagalkan serangan daripada Omega Esports

Kredit : Youtube AL-Buton

“Kami berasa bangga kerana berjaya menewaskan pasukan kuat Filipina Omega Esports di MSC 2022 ini. Terima kasih kepada semua peminat kami di Malaysia kerana sentiasa memberikan sokongan.” – Moon

Kredit : MSC 2022

Pada mulanya permainan kedua-dua pasukan ini iaitu Todak dan Omega sama-sama mendapatkan mata yang seri dengan Omega Esports mendapatkan Turtle pada minit ke 02:22.

Kredit : MSC 2022

Jika kita recap semula pada minit 04.37 perlawanan Todak berjaya mencuri penyu kedua daripada Omega Esports. Perlawanan berlangsung begitu sengit sehinggakan Omega Esports gagal untuk mendapatkan Lord yang telah di rampas oleh Yums.

Di tanya mengenai kemenangan pasukan Top Malaysia ini saat menumpaskan Omega Esports walau di saat akhir. Jurulatih pasukan Todak menyatakan yang mereka sebenarnya target untuk mengalahkan Omega Esports dengan nilai mata 2-0.

Omega Esports falls to the lower bracket in MSC
Kredit : Spin PH

Ini bermakna mereka memang tidak mahu memberi peluang walau sedikit pun kepada pasukan lawan untuk mengejar mereka. Namun begitu kerana sedikit kesilapan di awal permainan, skor telah menjadi seri.

Kredit : MSC 2022

Jadi apa yang mereka lakukan hanyalah dengan terus fokus kepada strategi untuk menang dan melangkaui pasukan Omega Esports untuk mendapatkan lebih mata lagi.

Kredit : Oriental Daily

” Kami sebenarnya menjangkakan yang kami akan menang 2-0 dengan pasukan Omega Esports PH”.- Coach Hazim

Omega Esports make their way out of the stage during the Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup Group Stages. Courtesy: MSC 2022
Kredit : ABS-CBN News

Untuk pengetahuan, pada match ke-3 Playoffs MSC 2022, Yve yang digunakan oleh Moon berjaya menumpaskan pasukan Omega Esports sebagai Juara bertahan MSC sebelum ini dengan skor akhir sebanyak 20-8.

Tahniah pasukan Todak kerana sama-sama melayakkan diri untuk ke pusingan Upper Bracket seperti Orange Esports. Semoga kedua-dua pasukan Malaysia ini mampu mengekalkan momentum mereka di peringkat seterusnya sehingga bergelar Juara MSC 2022.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *