MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Tebus Ganjaran Termasuk Skin Dengan Tiket MSC 2022

ai hyprgame
Kongsi
Tebus Ganjaran Termasuk Skin Dengan Tiket MSC 2022

Berita baik buat pemegang tiket ke Piala Asia Tenggara Mobile Legends Bang Bang MSC 2022, anda kini boleh menebus pelbagai ganjaran termasuk Tournament Chest, Skin Hero dan banyak lagi goodies lain melalui kod penebusan yang terletak pada tiket MSC 2022 kepunyaan anda.

Kredit : Youtube Mobile Legends Bang Bang Official

Untuk pengetahuan, ganjaran tersebut adalah berbeza mengikut jenis tiket yang dibeli. Seperti yang kita telah ketahui, terdapat dua jenis tiket bagi MSC 2022 ini iaitu Tiket Emas dan Perak Gold and Silver Ticket.

Guinevere's New Skin | Amethyst Dance | Mobile Legends:Bang Bang - YouTube
Kredit : Youtube Mobile Legends Bang Bang Official

Pemegang Gold Ticket akan mendapat satu peti yang mengandungi Skin Amethyst Dance Guinevere, Evolved Predator Helcurt, dan Floral Elf Angela dan lain-lain lagi.

Tambahan lagi selain Skin, setiap satu peti yang dimiliki pemegang Gold Ticket juga berpeluang mendapatkan Skin Skylark Fanny, Onimaru Saber, dan Child of Fall Alucard dan banyak lagi.

Kredit : Mobile Legends Channel

Yang paling menarik, anda sebagai pemegang tiket Gold layak untuk memasuki ke dewan acara MSC 2022 sekaligus menyertai Meet And Greet bersama pasukan kegemaran anda.

Tebus Ganjaran Termasuk Skin Dengan Tiket MSC 2022
Kredit : Facebook Mobile Legends Bang Bang

Manakala bagi pemegang Silver Ticket akan mempunyai peluang untuk memperolehi 2 peti yang mengandungi Dragon Armor Masha, Night Shade Ling, dan Draconic Flame Valir dan lain-lain lagi.

Kredit: MLBB.design.com

Untuk menebus ganjaran ini, anda diingatkan untuk mengambil tiket fizikal (printed) di tempat MSC 2022 berlangsung. Tiket fizikal ini penting untuk anda menebus semua ganjaran in-game termasuk skin, goodies dan lain-lain lagi.

Kredit : ticket2u.com.my

Jangan lupa temujanji anda bersama MSC 2022 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) pada 14 ke 19 Jun dan dapatkan tiket ke perlawanan Playoffs MSC 2022 sekarang sementara masih ada.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya