MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Imbas Kembali Juara Sea S4 Team Secret

ai hyprgame
Kongsi
Imbas Kembali Juara Sea S4 Team Secret

PMPL SEA Championship Spring 2022 kali ini akan menampilkan bekas Juara Sea Musim Ke-4. Masih ingat tak kalian dengan Team Secret yang menjadi Juara tanpa perlu mencatat mata singkiran mahupun damage tertinggi secara keseluruhan semasa pertandingan lalu? Mampukah Pasukan Team Secret ini menyaingi pesaing yang lain di PMPL SEA Championship Spring 2022?

Imbas Kembali Juara Sea S4 Team Secret
Kredit : Facebook PUBG Mobile Esports Malaysia

Kita imbas semula saat Team Secret pernah menunjukkan taktik dan strategi yang bijak sepanjang PMPL SEA S4 sehingga mampu menjadi juara PMPL SEA S4 ketika itu.

Kredit : Youtube Team Secret Army

Team Secret pernah menjadikan perkataan “Trust The Process” sebagai salah satu sebab mereka untuk menjuarai kejohanan PMPL SEA S4 terdahulu. Mereka percaya yang dengan usaha gigih akan membuahkan hasil yang lumayan. Akan ada habuan di setiap penat lelah perjalanan sesuatu pasukan itu.

Kredit : Instagram Team Secret

Untuk pengetahuan, pada tahun lalu Team Secret sebenarnya telah pun layak untuk mewakili pasukan Malaysia bagi Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC). Ini kerana mereka sudah pun berjaya mengumpul mata PMGC yang cukup ketika itu.

Walaubagaimanapun, Team Secret tetap tidak ingin melepaskan peluang untuk menunjukkan potensi mereka pada PMPL SEA S4 itu. Kerana pertandingan tetap menjadi medan pertempuran dan kita tidak boleh berada didalam zon yang selesa hanya kerana telah melepasi satu fasa (stage) lain.

PUBG Mobile Pro League (PMPL) Southeast Asia (SEA) Championship Spring 2022:  Teams, format, prize pool and more
Kredit: Gaming On Phone

Adakah Team Secret bakal mengekalkan gelaran tersebut dengan menjadi back to back champions yang pertama? Nampaknya Team Secret pun sudah tiba di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Jadi kita tunggu dan lihat aksi mereka di kejohanan PMPL SEA Championship Spring 2022 pada 10-12 Jun ini!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *