MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Tiket PMPL SEA Sudah Habis Dijual

ai hyprgame
Kongsi
Tiket PMPL SEA Sudah Habis Dijual

Bahang PMPL SEA Championship Spring 2022 kian terasa apabila tarikh perlawanan tersebut sudah semakin hampir dan dijangka akan berlangsung pada 10 Jun – 12 Jun 2022 ini. Namun begitu, semalam dikhabarkan yang tiket ke PMPL SEA Championship itu telah pun habis dijual dalam masa beberapa minit saja selepas pembukaan jualan.

May be an image of text that says 'PRO LEAGUE SOUTHEASTASIA 2022 PMPL SEA CHAMPIONSHIP SPRING ALL TICKETS SOLD OUT THANK YOU! LET'S MEET ON 10-12TH JUNE AT PAVILION LIVE ON KRAFTON FAN PAGE PUBG MOBILE (MY)/ PUBG MOBILE Esports Malaysia VSPN PUBG MOBILE Malaysia realme'
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Untuk pengetahuan, jualan tiket ke PMPL SEA telah pun dibuka sejak 27 Mei 2022 lagi, dan jualan tersebut sebenarnya berlangsung sehingga 9 Jun 2022. Jadi jualan tiket dibuka sehingga sehari sebelum kejohanan PMPL SEA bermula.

May be an image of text that says 'PRO LEAGUE SOUTHEASTASIA PUBG MOBILE 2022 PMPL SEA CHAMPIONSHIP SPRING TICKETING OPENS FROM 5.27 -6.9 TOURNAMENT TIME 6.10- 6.12 2:30 PM-11 PM ADDRESS: PAVILION BUKIT JALIL EXHIBITION CENTRE, KUALA LUMPUR BUY TICKET IN HTTPS://BIT.LY/PMPLSEA_TICKET •1-DAY TICKET: RM20 3-DAY TICKET: RM50 KRAFTON KTnsent VSPN realme'
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Namun begitu, impak selama dua tahun tidak bersiaran secara Offline mungkin menyebabkan ramai yang tidak ingin melepaskan peluang menonton aksi-aksi pasukan kegemaran arena PUBG Mobile di PMPL SEA Championship Spring 2022 ini.

PUBG Mobile Pro League (PMPL) Southeast Asia (SEA) Championship Spring  2022: Teams, format, prize pool and more
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Selain itu, memandangkan Malaysia menjadi Tuan Rumah untuk acara PMPL SEA Championship Spring 2022 sudah tentu ramai peminat dari luar negara juga turut tidak ingin melepaskan peluang menonton secara Offline perlawanan ini. Pastinya kemeriahan akan dirasai dengan kunjungan pelbagai pihak dari serata tempat.

Acara PMPL SEA Championship Spring 2022 akan berlangsung selama 3 hari iaitu bermula daripada 10-12 Jun 2022. Acara ini dijangka akan bermula pada jam 2.30 PM-11PM di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre, Kuala Lumpur.

Home | Pavilion Bukit Jalil
Kredit : Pavillion Bukit Jalil Website

Manakala harga tiket untuk 1 hari adalah RM20, dan pengguna akan menikmati lebih penjimatan apabila terus membeli tiket untuk 3 hari dengan harga RM50 sahaja.

Harga tiket yang boleh dikatakan berpatutan, dengan tempat acara yang nampaknya selesa pastinya menjadi salah satu sebab tiket sudah habis dijual melebihi jangkaan penganjur.

2022 PUBG Mobile Pro League SEA Championship Spring | Ticket2u
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Penganjur juga memberi amaran kepada peminat untuk berhati-hati dengan ulat tiket, kerana akan mengakibatkan peminat menghadapi masalah teknikal untuk menonton perlawanan tersebut.

Ini kerana, identiti atas tiket tetap akan disemak bagi fungsi keselamatan dan SOP (Standard Operation Procedure) terutama semasa check-in bagi menonton PMPL SEA Championship Spring 2022.

Tiket PMPL SEA Sudah Habis Dijual
Kredit : Hyprgame MY

Bagi yang terlepas peluang membeli tiket perlawanan, anda masih boleh menontonnya melalui seluruh platform media sosial PUBG Mobile MY.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *