MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

PMPL SEA Championship Spring 2022 Bakal Bermula

ai hyprgame
Kongsi
PMPL SEA Championship Spring 2022 Bakal Bermula

PMPL SEA Championship SPRING 2022 merupakan antara acara yang dinantikan untuk semua peminat esukan terutamanya kategori PUBG Mobile. PMPL SEA Championship Spring adalah acara yang meraikan kehadiran pemain esukan PUBG Mobile di seluruh Asia Tenggara. Siapakah yang akan bergelar Juara PMPL SEA Championship Spring 2022?

PMPL SEA Championship SPRING 2022 merupakan antara acara yang dinantikan untuk semua peminat esukan terutamanya kategori PUBG Mobile. PMPL SEA Championship Spring adalah acara yang meraikan kehadiran pemain esukan PUBG Mobile di seluruh Asia Tenggara.

May be an image of text that says 'KRAFTON S (D& VSPN PLAY FOR REAL 2022 PMPL SEA CHAMPIONSHIP SPRING realme PAVILION JALIL'
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya perlawanan yang berlangsung selama 3 hari ini akan diadakan di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre Malaysia. Nampak gayanya kita akan berjumpa dan menantikan kehadiran pemain mahupun pasukan dari luar negara merasai pengalaman bermain PMPL SEA Championship Spring 2022 di Malaysia pula.

logo-pmpl-sea-championshipjpg-20211006103430
Kredit : Upstation Media

Untuk pengetahuan, orang awam juga berpeluang untuk menyaksikan perlawanan ini secara Live dengan harga tiket bernilai RM20 per sehari. Diskaun RM10 jika anda menempah tiket secara terus untuk 3 hari iaitu hanya RM50 ( 3 HARI ).

Seramai 16 pasukan PUBG Mobile terbaik dari Asia Tenggara akan berkumpul di Malaysia untuk berentap merebut Piala kemenangan bagi acara ini.

Kredit : Instagram PUBG Mobile Esports Indonesia

Pasukan manakah yang akan menjadi Juara PMPL SEA Championship Spring 2022 ini? Adakah Pasukan yang berjaya terus ke PMPL SEA Championship Spring 2022 tanpa perlu melalui SEA PLay-Ins? Atau 3 Pasukan yang melepasi Sea Play-Ins akan terus mengekalkan momentu mereka di PMPL SEA Championship Spring 2022?

Kita tunggu dan lihat nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *