MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Malaysia Pingat Emas Untuk Anda Skuad PUBGM Di Vietnam

ai hyprgame
Kongsi
Malaysia Pingat Emas Untuk Anda Skuad PUBGM Di Vietnam

“Malaysia Boleh”, itulah kata-kata semangat yang diberikan kepada squad Malaysia yang telah menjadi wakil pertama bagi esukan PUBG Mobile. Dikhabarkan, wakil pertama Malaysia PUBG Mobile telah pun berangkat ke Vietnam Hanoi bagi temasya gilang gemilang Sukan SEA 31 beberapa hari yang lepas. Kategori SOLO acara PUBG MOBILE akan bermula hari ini16 Mei 2022! Pertama menjadi atlet negara bagi esukan ini adalah pengalaman baru buat mereka. Semoga skuad ini mampu membawa pulang Pingat Emas!

Kredit : Youtube Farr Channel

Wakil pertama Malaysia bagi esukan PUBG Mobile kini telah pun berada di Hanoi Vietnam bagi menyertai acara Sukan Sea Ke-31. Barisan pasukan Lineup TABAH NSEA dan GEEK FAM kini telah bersedia untuk menyertai acara PUBG Mobile hari ini 16 Mei 2022.

Kredit : Youtube PUBG Mobile Malaysia

Di media sosial juga terlihat ramai peminat yang memberikan sokongan kepada skuad Malaysia ini supaya memberikan persembahan menarik, sekaligus meraih satu pingat emas buat nama Malaysia.

Dengan menjadi cubaan pertama pasukan PUBG Mobile Malaysia ini dapatlah membuka mata masyarakat tentang kewujudan esukan seperti ini boleh menjadi sukan kompetetif walaupun hanya lewat peranti mudah alih ataupun online.

Kredit : Youtube Drama Streamer Malaya

Kata Jumper menerusi suatu wawancara yang melewati Youtube mengatakan yang walaupun latihan Sukan SEA bersama Tabah Nsea hanyalah diberikan masa yang singkat, berada di Bootcamp kemudian berlatih selama 3 kali sehari (15 permainan sehari) sudah memberikan keserasian sesama ahli pasukan sekaligus diharapkan permainan akan berjalan lancar bagi temasya kali ini.

Kredit : Youtube Geek Fam

“Sukan Sea merupakan sukan yang terbaik di luar sana, dapat memakai seragam ini mewakili nama negara adalah suatu yang membanggakan.” -Jangs (Jurulatih PUBG Mobile Negara)

Portal Permainan Video dan Sukan Elektronik Malaysia | MyGameOn
Kredit : My Game On

“Saya harap saya dapat buat yang terbaik untuk negara saya Malaysia.” – Uhighs

Jangan lupa untuk memberikan sokongan yang sepenuhnya di siaran langsung acara PUBG MOBILE bermula pada 16 Mei hingga 22 Mei ini! Semoga perjalanan skuad Malaysia ini dipermudahkan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *