MEMUAT

Taip untuk mencari

TeamOP Racist & Toxic terhadap islam?

Kongsi
TeamOP Racist & Toxic terhadap islam?

Pemain profesional Mobile Legends Bang Bang yang mewakili pasukan TeamOP daripada Singapura telah mencemarkan nama baik mereka sendiri. Perkara itu menjadi tular selepas salah seorang daripada pemain TeamOP melakukan racistsm terhadap Geek Dominus dan rakan-rakannya.

Malah perkara itu juga telah membuatkan nama pasukan MPL Singapura itu menjadi tercemar dan telah mengundang kemarahan umat islam dan juga ahli komuniti esukan tanah air.

Perkara ini terjadi semasa Geek Dominus sedang melakukan siaran langsung di page rasmi beliau, dan agak terkejut dengan tindakan pemain profesional daripada Singapura itu yang menghina ibunya serta agama umat islam.

Perkara itu telah dilaporkan kepada pihak berwajib dan pihak TeamOP itu sendiri. Ramai orang ternama di dalam komuniti esukan tanah air juga telah membawa perkara ini kehadapan bagi mendapatkan keadilan dan mengharapkan hukuman yang setimpal terhadap pemain tersebut.

Video ataupun klip terbabit telah tular secara meluas di aplikasi Tiktok, Facebook, Instagram dan lain-lain. Malah telah menarik perhatian pemain-pemain profesional daripada Indonesia yang mengeji tindakan yang dilakukan oleh pemain itu yang menjebakkan agama ke dalam permainan video.

Walau bagaimanapun, kertas siasatan telah dibuka oleh kelab TeamOP bagi mencari jalan penyelesaian terhadap tingkah laku pemainnya yang telah mencalarkan nama baik mereka sendiri.

Lantaran itu, pihak MPL Malaysia juga telah membuat pengumuman penting di Page rasmi MPL MY dan menasihatkan kepada semua pemain untuk menjaga sifat keharmonian antara sesama sendiri mahupun di dalam permainan atau di luar, bagi menjaga ekosistem esport dan gaya persaingan sihat.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya