MEMUAT

Taip untuk mencari

Bug Astra beli Marshal di pusingan pistol !

Kongsi
Bug Astra beli Marshal di pusingan pistol !

Selepas pelancaran episode 4 Act 2 Valorant, RiotGames telah membuat satu perubahan yang besar dalam permainan mereka. Riot telah melakukan perubahan terhadap ejen yang memegang watak controller dan juga beberapa peta telah diubah suai.

Yang telah menarik perhatian adalah pepijat yang dijumpai oleh pemain yang menggunakan ejen Astra di dalam permainan. Pepijat itu memberi kebolehan kepada Astra untuk menjual semula stars yang dibeli secara percuma dan dijual semula dengan kadar 150 creds. 

Dengan pepijat ini, membolehkan pemain Astra untuk menggunakan mana-mana senjata yang berharga 950 creds ke bawah seperti Bucky, Marshall dan juga Stinger. Membuatkan permainan tidak seimbang di pusingan pistol yang mampu mendominasi pada awal permainan.

Lantaran itu, perkara ini telah dikemukakan kepada pihak RiotGames bagi menyelesaikan masalah pepijat ini secepat mungkin. Perkara ini telah pun diselesaikan oleh Riot sejurus menerima laporan pepijat ini dan melancarkan small patch bagi memperbaiki ejen tersebut.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *