MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL MY S9: Ada Fenrir! 8 pemain lengkapkan roster RSG MY

atq_hyprgame
Kongsi

Salah satu roster yang dinanti-nantikan oleh komuniti MLBB Malaysia kini sudah terungkap! RSG Malaysia telah pun bersedia dengan line up mereka yang diisi oleh 8 orang pemain & diperkuatkan oleh bekas jurulatih pasukan RSG Singapore iaitu Jason!

Tiba masa untuk RSG Malaysia membuka buku baru dalam MPL Malaysia. Pernah menjadi juara MPL Malaysia S7, pasukan itu lebih bersedia untuk memburu kejuaraan MPL Malaysia S9 dengan line up yang baru.

Sumber: RSG

Kita tahu pasukan RSG Malaysia pernah memiliki pemain yang berbakat & masih lagi mengekalkan nama-nama yang tidak asing lagi dalam roster mereka seperti Izanami, Zacus, TikTok & Iris. Dengan roster baru yang mereka bina ini, mampukah RSG Malaysia sekali lagi buktikan kemampuan mereka di MPL Malaysia S9? 

Kaalu dilihatkan dari line up RSG Malaysia, ada juga dalam komuniti yang mengenali Fenrir sebagai pemain yang pernah mengisi roster pasukan semi-pro league seperti ESDK Zerg & T5 United. Beliau juga dikenali sebagai pemegang role Roamer yang baik. Fenrir akan kekal dengan role yang sama di dalam roster RSG Malaysia sebagai Roamer/Tank. 

Barisan pemain RSG Malaysia dilengkapi oleh:

  • Jason — Jurulatih
  • Izanami — Support/Mage
  • Zacus, Fenrir — Roamer/Tank
  • Kuza — Jungler
  • Iris, Mortalala — EXP Lane
  • Tiktok — Gold Lane
  • Akimmm — Flex

Dengan pengumuman roster baru RSG Malaysia, pasukan itu kelihatan lebih bersedia dengan MPL musim yang baru. Lebih yakin untuk membawa unit mereka berentap di MPL Malaysia S9 bagi merebut kejuaraan & seterusnya menjadi wakil Malaysia di MSC. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *