MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL MY S9: Isu Mikey joki? Abang Lord buat laporan ke MPL Malaysia

atq_hyprgame
Kongsi

Notis pemberitahuan MPL Malaysia tentang isu integriti

Masih dalam siasatan! Terbaru, MPL Malaysia telah pun mengeluarkan satu pengumuman tentang isu integriti & profesionalisme dalam tajuk permainan MLBB itu khususnya ekosistem dalam kompetitif MPL. Adakah pengumuman tersebut berkenaan dengan isu yang tular ketika saringan kelayakan di MPL Malaysia S9? 

Melihat dari notis yang diumumkan oleh MPL Malaysia, mereka masih lagi menjalankan siasatan yang ada melibatkan beberapa pasukan di MPL Malaysia S9. Menurut MPL Malaysia, isu yang terjadi ini melibatkan integriti & profesionalisme beberapa pemain MPL Malaysia S9. 

Dalam mana-mana tajuk permainan e-sukan, integriti & profesionalisme adalah fokus utama. Itulah yang cuba dilakukan oleh MPL Malaysia — meningkatkan ekosistem e-sukan di Malaysia & menyeru supaya semua pihak menghormati integriti dalam e-sukan itu sendiri. 

Sumber: MPL Malaysia

Abang Lord buat laporan ke MPL Malaysia 

Berikutan dari notis pemberitahuan tersebut, pemilik organisasi e-sukan, MAB Esports iaitu Abang Lord ada memuat naik satu video di TikTok yang menyatakan bahawa beliau adalah individu yang membuat laporan berkenaan dengan isu yang masih lagi di dalam siasatan. 

Menurut Abang Lord, beliau sudah pun kemukakan bukti kepada pihak Moonton tentang isu ini. Dan, pihak Moonton sedang menjalankan siasatan berikutan isu tentang profesionalisme. Dalam video TikTok MAB Esports, Abang Lord hanya mahu menuntut keadilan bagi pihak beliau & MAB Esports & masa depan generasi e-sukan di Malaysia. 

@mabesports

Kata kata dari Abg Lord tentang isu yang berlaku sekarang #mabesports #bringiton

♬ original sound – MAB ESPORTS – MAB ESPORTS
Sumber: MAB Esports

Kalau ada yang terlepas, sebelum ini, pernah tular isu tentang Mikey yang didakwa joki ketika bermain di saringan kelayakan MPL Malaysia S9 ketika peringkat separuh akhir. Dalam video TikTok MAB Esports, Abang Lord menyatakan seolah-olah ada pemain lain yang menggantikan pemain bagi pasukan Mikey. 

Tetapi, kebenaran untuk isu joki tersebut masih lagi belum muktamad. Dan, isu integriti yang disiasat oleh Moonton ini memang benar tentang isu joki yang pernah diperkatakan oleh Abang Lord.

@mabesports

Sorry semua. We really tried our best. Ni ada sikit kata kata dari Abg Lord #mabesports

♬ original sound – MAB ESPORTS – MAB ESPORTS
@mabesports

Eh korang orait tak orait? Kenapa ramai yang triggered ni? Nah Abg Lord explain tentang post yg sebelum ni #mabesports

♬ original sound – MAB ESPORTS – MAB ESPORTS
Sumber: MAB Esports
@mabesports

Lain kali hadam dulu apa yg org nak sampaikan jgn jadi bodoh tegar terus nak kecam je. ada faham ???

♬ original sound – MAB ESPORTS – MAB ESPORTS

HomeBois rehatkan Avaa, isu Mikey joki qualifier MPL MY S9

Dan, terbaru, disebabkan siasatan sedang dijalankan, Avaa, pengurus bagi pasukan MLBB HomeBois kini direhatkan. Pengurusan MLBB HomeBois beralih kepada Jep buat sementara waktu. 

“Berikutan siasatan terhadap integriti Pengurus Esukan – Avaa terhadap kes MPL S9, pihak Homebois mengambil keputusan untuk membantu siasatan lanjut. Jika didapati bersalah, kami akan mengambil tindakan selanjutnya dan memohon maaf kepada semua yang terlibat.” 

Sumber: HomeBois
Sumber: Mohamad Kusyairi @ Facebook

Ada banyak kemungkinan boleh berlaku dari isu ini jika benar Mikey joki ketika di qualifier. Antaranya HomeBois & Mikey boleh hilang slot MPL Malaysia S9, slot untuk HomeBois akan dibekukan sehingga S10 & MPL Malaysia S9 akan ada 9 slot sahaja. Dalam komuniti MLBB Malaysia, ramai yang menyatakan bahawa Chibi merupakan pemain yang joki untuk pemain Mikey di qualifier.

Sejauh mana kebenaran ini, ia masih lagi dalam siasatan MPL Malaysia. Dan, komuniti MLBB Malaysia perlu menunggu keputusan muktamad yang dibuat oleh MPL Malaysia dalam masa terdekat ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya