MEMUAT

Taip untuk mencari

MLBB: Boleh ke lebih dari 1 Marksman? Kenapa balance pick penting?

atq_hyprgame
Kongsi

Peratusan menang lebih tinggi bila ada lebih dari 1 Marksman?

Kalau bercakap tentang MLBB lebih-lebih lagi draft & pick, memang semua pemain MLBB nak gunakan hero yang mereka selesa. Dan, Marksman antara hero yang mudah untuk dimainkan disebabkan oleh kemampuan damage yang dikeluarkan oleh hero tersebut. Buat masa sekarang, Marksman yang banyak pemain geruni adalah Claude, Karrie, Natan & Granger.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang
Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Tetapi, boleh ke ada lebih dari 1 Marksman dalam permainan? Pemain MLBB mesti tahu bahawa hero Marksman adalah hero carry/ADC yang tidak perlu memiliki kemahiran mekanik yang tinggi atau tidak memerlukan langsung kemahiran mekanik. Marksman adalah hero paling penting dalam MLBB di mana jika permainan dibawa sehingga ke fasa late game, damage Marksman sangat besar.

Jadi, jawapannya tidak. Memang ada pemain/pasukan profesional MLBB yang membawa masuk meta Marksman yang dikenali sebagai Meta Dua Marksman dalam gelanggang profesional MLBB iaitu MPL. Tetapi, ia bergantung kepada hero yang disiapkan. Kadang-kadang jadi, kadang-kadang tidak. Dan, kita pernah juga lihat meta ini tidak berjaya dibawakan.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang
Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Kenapa balance picked dalam MLBB penting? 

Dalam MLBB, keseimbangan (balance pick) dalam pemilihan hero sangat penting. Semua hero kuat & ia bergantung kepada skill pemain itu sendiri. Kalau dalam permainan terlalu banyak pemain yang bawa masuk hero ADC, permainan akan jadi lebih sukar. Walaupun ada Marksman/Assassin yang boleh membawa role support, tetapi itu masih tidak cukup untuk buktikan, “Banyak hero Marksman boleh menang sebab damage dia besar.”

Kenapa tak boleh bawa masuk banyak hero ADC? — Kalau sudah ikuti MLBB, mesti rata-rata daripada pemain tahu bahawa kunci utama MLBB itu sendiri adalah Crowd Control (CC). Sebab itu kalau dilihatkan dalam kejohanan, mesti caster berasa sedikit ragu-ragu jika pasukan tidak mempersiapkan hero yang memiliki CC yang baik.

Kekalkan konsep “balance pick” kalau nak menang! Ada sahaja pasukan yang boleh menang jika dalam draft mereka terdapat 2 Marksman, tetapi perkara itu bergantung kepada ketahanan pihak lawan. Jika pihak lawan kurang kemahiran, mungkin pasukan dengan 2 Marksman boleh menang. 

Bukan sebab pasukan itu kuat dengan 2 Marksman, tetapi hero lain yang disediakan mungkin memiliki CC & support yang baik. Kalau di ranked tinggi seperti Epic, mungkin sukar nak tengok 2 Marksman dibawa masuk. Ia banyak terjadi di ranked Elite/Master/Grandmaster.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang
Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Marksman juga akan lebih kuat dengan pertolongan dari Tank & Support Mage. Mungkin kalau pemain nak guna Marksman untuk naikkan ranked, pastikan dalam draft ada pemain yang memilih hero yang memiliki CC yang baik seperti Gatotkaca, Ruby & Luo Yi. Kebanyakan hero CC yang baik adalah hero Tank.

Jadi, selepas ini, janganlah semua berebut nak main Marksman. 1 Marksman dah mampu untuk bawa permainan ke arah kemenangan (dengan adanya support yang baik & tank yang boleh diharapkan) disebabkan oleh damage besar & kemampuan late game yang boleh didapatkan oleh seorang Marksman.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya