MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL ID S9: Roster MPL pertama Bigetron Alpha tanpa Branz

atq_hyprgame
Kongsi

Bigetron Alpha telah pun melepaskan pemain yang sudah 6 musim bersama dengan pasukan itu iaitu Branz pada Disember yang lalu. Pelepasan Branz dari Bigetron Alpha meninggalkan banyak kekecewaan dalam komuniti MLBB Indonesia terutamanya penyokong/peminat pasukan itu.

Di dalam pasukan tersebut, Branz merupakan kapten pasukan & pemain core. Sebelum ini, Branz pernah terpalit dengan kontroversi yang agak besar di Indonesia. Beliau telah pun dikenakan penalti & membuat kemunculan semua di MPL Indonesia S8. Namun, untuk musim ini, Branz tidak akan perkuatkan lagi roster pasukan itu.

Bigetron Alpha hanya berjaya menamatkan kedudukan di tempat ke-6 & itu merupakan pencapaian tercorot Bigetron Alpha sepanjang mereka ada di dalam MPL. Belum pernah lagi menjuarai MPL, tiba masa untuk pasukan ini menyiapkan roster yang mampu untuk memberi sinar baru kepada salah satu pasukan gergasi Indonesia.. 

Sumber: Bigetron TV

Bigetron Alpha umum roster bagi MPL Indonesia S9 

Sebelum ini, kalau ada yang mengikuti perkembangan Bigetron Alpha di MPL Indonesia, kita tahu bahawa Branz merupakan pemain yang banyak memperkuatkan pasukan tersebut. Setelah 6 musim beliau menjadi tunggak utama dalam Bigetron Alpha, pasukan itu kini mara ke MPL Indonesia S9 tanpa Branz buat pertama kali. 

Barisan pemain Bigetron Alpha kini terdiri daripada: 

  • Hengky “kyy” Gunawan
  • Deven “Renbo” Markos
  • Muhammad “Rippo” Arif
  • Matthew “Matt” Geraldo
  • I Gusti “Bottle” Agung
  • Gusti Made Indra “Xorizo” Dwipayana
  • Maxwell “Maxx” Alessandro
Sumber: Bigetron Esports

7 pemain ini akan kekal melengkapkan roster Bigetron Alpha untuk musim yang baru. Dengan adanya barisan pemain yang kita sudah pun kenal, adakah Bigetron Alpha akan menebus kembali kedudukan tercorot yang mereka duduki pada musim yang lalu? 

Kalau dilihatkan di MPL Indonesia S9, banyak pasukan yang telah pun mendatangkan pemain lama ke dalam roster & pemain rookie dari MDL. Persaingan akan jadi lebih sengit dengan kehadiran muka baru dalam roster MPL. 

Land of Dawn MPL Indonesia S9 akan mula dibuka pada 18 Februari ini. 8 pasukan profesional MLBB Indonesia akan memulakan regular season terlebih dahulu untuk dapatkan tempat 6 terbaik di playoffs.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *