MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

Mesti dalam kalangan komuniti MLBB tidak sabar untuk menanti kehadiran musim baru MPL. 3 MPL Asia Tenggara; Malaysia, Indonesia & Filipina rasmi akan memulakan regular season pada 18 Februari ini.

MPL adalah kejohanan yang diadakan di rantau masing-masing untuk mencari pasukan MLBB terbaik bagi mewakili wilayah mereka di MSC & kejohanan dunia iaitu M Series. 3 negara Asia Tenggara ini telah pun memasuki MPL pada musim yang ke-9. Perwakilan M Series hanya berlaku selang satu musim; wakil Asia Tenggara terlebih dahulu, kemudian Kejohanan Dunia M Series.

Sumber: MPL

Seperti yang kita tahu, Malaysia, Indonesia & Filipina antara yang paling lama mengadakan kejohanan MLBB khususnya MPL. Jadi, telah banyak sejarah yang tercipta di dalam MPL itu sendiri — bermula dari kejohanan serantau, seterusnya Asia Tenggara & beralih kepada dunia. 

Recap MPL Malaysia, Indonesia & Philippines Musim 8

MPL Musim 8 merupakan musim yang terpenting untuk semua pasukan kerana ada perwakilan di Kejohanan Dunia iaitu M3. Hanya 2 pasukan terbaik sahaja yang akan mewakili wilayah mereka ke pentas dunia MLBB. 

Malaysia

Di Malaysia, kita dapat lihat bahawa Team SMG telah pun mencipta sejarah baru apabila mereka menjuarai MPL Malaysia S8 dengan mendapatkan kemenangan bersih terhadap pasukan Todak. Kemenangan itu terus membawa Team SMG mengisi slot perwakilan di Kejohanan Dunia M3 bersama dengan Todak. 

Todak masih kekalkan konsistensi mereka selepas berjaya merekodkan kemaraan ke M Series sebanyak 3 kali berturut. Kedua-dua pasukan ini boleh jadi pencabar terkuat di MPL Malaysia S9 dengan pengalaman & tekanan yang mereka hadapi. 

Sumber: Todak MLBB
Sumber: Team SMG

Indonesia

Bagi Indonesia, RRQ Hoshi tewas mendapatkan Kejuaraan selepas ONIC Esports berjaya menumpaskan pasukan gergasi itu dengan 4-3. Itu adalah perlawanan yang sengit kerana kedua-dua pasukan memiliki kekuatan yang nyata. 

Seperti yang kita jangka, memang pasukan Indonesia antara pencabar terkuat di Kejohanan Dunia M3 lebih-lebih lagi RRQ Hoshi. Mereka juga pasukan yang tidak pernah tertinggal dari mewakili M Series. RRQ Hoshi adalah pasukan kegemaran ramai. Dengan kembalinya Lemon ke dalam roster RRQ Hoshi, mereka boleh jadi pasukan paling menakutkan di MPL Indonesia S9. 

Sumber: MPL Indonesia

Filipina

Satu-satunya negara yang berjaya kekalkan kejuaraan dunia sebanyak 2 kali berturut, Filipina memang mempunyai banyak sangat pasukan yang kuat di MPL. Sebut sahaja nama Blacklist International, ONIC PH & Bren Esports, semua pernah beri kebanggaan buat Filipina. 

Juara 2 kali berturut MPL Philippines, Blacklist International telah pun mengangkat tinggi kompetitif MLBB di Filipina selepas dinobatkan sebagai juara Kejohanan Dunia M3 yang sebelum ini dipegang oleh Bren Esports. ONIC PH juga antara lawan terkuat di MPL Filipina lebih-lebih lagi dengan pengekalan roster mereka. 

Sumber: Blacklist International
Sumber: ONIC Philippines

MPL; Malaysia, Indonesia & Filipina akan memulakan regular season mereka pada tarikh yang sama iaitu 18 Februari. Di regular season, negara yang telah pun terapkan sistem liga francais (Indonesia & Filipina) akan mengekalkan 8 pasukan di regular season & 6 terbaik akan ke playoffs. Manakala, untuk Malaysia, 10 pasukan akan berentap di regular season untuk dapatkan 8 tempat terbaik di playoffs.

Buat masa ini hanya MPL Filipina yang sudah mengumumkan roster lengkap 8 pasukan mereka. Bagi MPL Malaysia & Indonesia, ada beberapa pasukan lagi yang belum mengumumkan roster mereka secara rasmi. Masih berbaki kurang dari 2 minggu sebelum bermulanya Hari Pertama Regular Season bagi 3 MPL Asia Tenggara ini.

Pasukan mana yang akan bergelara juara MPL Malaysia, Indonesia & Filipina untuk musim ke-9 ini? Adakah pasukan yang sama akan kekalkan legasi mereka?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya