MEMUAT

Taip untuk mencari

PMPL MYSGPH S5: Hyqul, Zully sah sertai roster Team Haq

atq_hyprgame
Kongsi

Berikutan dengan video yang dimuatnaik oleh Team Haq bagi mengacah pemain yang akan melengkapkan roster pasukan itu, kini, Team Haq telah pun mengumumkan barisan pemain yang rasmi akan bersama dengan roster mereka.

Barisan pemain Team Haq akan diperkuatkan oleh 4 orang pemain di mana 2 daripada mereka adalah pasukan dari PMPL iaitu Zully, Hyqul, Dams & Renski

PemainPosisi
ZullyScouter
HyqulSupport
DamsRusher
RenskiFragger
Sumber: Team Haq

Sebelum ini, ada khabar angin yang mengatakan bahawa Zully, Hyqul, SanR & Aniq akan sertai Team Haq. Namun, setelah pasukan itu mengumumkan roster mereka, ternyata hanya Hyqul & Zully sahaja yang akan bersama dengan pasukan tersebut.

2 lagi pemain; Dams & Renski dikhabarkan adalah pemain baru untuk divisi PUBG Mobile bagi Team Haq. Mereka akan melengkapkan roster sebagai Rusher & Fragger. 

Sumber: Team Haq Esports Club

Seperti yang sedia tahu, Team Haq telah pun mengambil alih slot yang dimiliki oleh Wulf Arov. Selepas pelepasan kesemua pemain Wulf Arov, kini, mereka rasmi sebagai free agent. Pemain Wulf Arov yang telah pun diambil oleh organisasi e-sukan buat masa kini hanya Zully. 

4 pemain lagi; Aniq, SanR, Mail & DamQT masih lagi menjadi tanda tanya. Adakah benar khabar angin yang mengatakan bahawa sebahagian besar dari roster Wulf Arov akan berpindah ke Team SMG? 

Selain daripada pemain, ada juga yang bertanya ke mana hala tuju Boyka? Adakah beliau masih lagi akan menyumbangkan tenaga beliau sebagai jurulatih atau tidak? Bila bertanya tentang hala tuju Boyka, beliau pernah menjawab di livestream bahawa ianya masih lagi rahsia.

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia
Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Sebelum ini, dilihatkan bahawa Boyka ada membantu Team Bosskurr ketika mereka menghadapi saringan kelayakan bagi PMPL MYSGPH S5. iNaoki juga ada menyatakan ucapan terima kasih kepada Boyka menerusi Instagram Story beliau.

Agak terkejut tentang perpecahan pemain bagi pasukan Wulf Arov lebih-lebih lagi Zully yang memang tidak langsung bersama dengan mana-mana pemain Wulf Arov di roster yang terdahulu. Tapi, mengenali Zully, beliau mampu untuk melengkapkan mana-mana pasukan dengan bakat yang beliau ada sebagai IGL/Scouter. 

Semoga maju jaya diucapkan buat Zully & Hyqul. Keberadaan mereka di dalam pasukan Team Haq pasti akan memberi sinar yang baru buat mereka terus menyumbangkan bakat & kemampuan yang ada. Mungkin pasukan ini boleh menjadi pencabar dalam PMPL MYSGPH S5.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *