MEMUAT

Taip untuk mencari

MLBB: Inilah 5 Item dengan Magical Defense tertinggi yang wajib tahu!

atq_hyprgame
Kongsi

Magic Defense (Magic DEF) yang sebelum ini dikenali sebagai Magic Resistance adalah item yang disiapkan untuk mengurangkan damage dari hero yang memiliki Magic Damage. Item ini memang wajib digunakan oleh pemain yang suka gunakan hero Tank & Fighter untuk permainan agresif.

Dengan adanya Magic Defense, ia akan membantu hero Tank & Fighter untuk counter hero Mage & memiliki peningkatan dalam permainan dengan lebih stabil. 5 item yang akan dibincangkan juga boleh membantu hero Tank/Fighter bertahan dengan damage yang dikeluarkan oleh hero Mage.

Ini adalah 5 Item dengan Magical Defence tertinggi dalam MLBB: 

Athena’s Shield 

Pada kali ini, untuk Magical Defense, Athena’s Shield akan menduduki kedudukan pertama. Ini adalah item wajib yang harus digunakan oleh hero Tank & Fighter ketika berlawan dengan hero Mage. Item ini sesuai digunakan untuk counter hero Mage yang mengeluarkan burst seperi Eudora, Vale & Aurora. 

Antara item lain yang akan membuatkan Athena’s Shield lebih kuat adalah apabila ia dipasangkan dengan Radiant Armor. Athena Shield’s memiliki +900 HP, +62 Magical Defense & +2 HP Regen

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Oracle

Oracle adalah item Magical Defense tertinggi selepas Athena’s Shield. Item ini memang banyak digunakan oleh hero Mage yang memiliki lifesteal effect untuk mempertingkatkan lagi item atau spell vamp seperti Esmeralda & Ruby. Hero Tank & Fighter boleh bawa masuk item ini untuk counter hero Mage kerana kebolehan Oracle dalam memberi HP yang tinggi & Magic Defense yang agak besar.

Item ini memiliki unik pasif dari segi peningkatan shield absorption & HP Regen sebesar 30%. Jadi, ia sangat berguna untuk hero yang ingin mempertahankan diri dari Magic Power & memiliki skil Regen yang tinggi. Ia memberikan bilangan HP yang agak tinggi iaitu sebanyak +850, +42 Magic Defense & +10% CD Reduction.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Cursed Helmet

Item ini sesuai untuk hero Tank bagi meningkatkan lagi damage/kebolehan membersihkan lorong dari minions. Ia banyak digunakan oleh hero seperti Gatotkaca. Selain daripada memiliki HP yang tinggi iaitu sebanyak +1200, item ini juga memiliki keunikan Passive-Burning Soul.

Cursed Helmet boleh berlawanan dengan aura Magic Damage. Hero Tank boleh menggunakannya untuk membersihkan gelombang minions dengan lebih pantas. Pemain juga boleh mengganggu pihak lawan dengan mendekati mereka. Lebih banyak HP yang dimiliki oleh pemain, lebih besar kerosakan yang ia boleh bagi. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Queen’s Wings 

Pernah dinamakan sebagai Demon Wings, item ini adalah item defense yang bukan sahaja boleh beri Magical Defense yang baik tetapi boleh keluarkan +25 Physical Attack. Item ini memberikan tambahan HP yang sangat besar menjadikan ianya ketiga dalam senarai item dengan penambahan HP terbesar selepas Guardian Helmet & Twilight Armor

+15 Physical Attack ini memberi kelebihan buat pengguna hero Tank & Fighter. Walaupun nilai PA Queen’s Wings tidak terlalu banyak, tetapi ia menjadikan item ini dari segi pemberian tambahan PA. Damage reduction & lifesteal yang tinggi yang terdapat dalam item ini cukup membuatkan ia antara item kuat bagi hero yang memiliki lifesteal yang tinggi. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Brute Force Breastplate

Ini adalah item yang memiliki Magical Defense tertinggi yang wajib pemain tahu untuk counter hero Mage. Brute Force Breastplate ada beberapa curi sama seperti Queen’s Wings. Ia boleh mengurangkan Magic Damage & menambah +45 Physical Defense. Untuk Queen’s Wings, ia berkebolehan memberi Physical Attack.

Item ini ada pasif unik yang baik & sesuai untuk digunakan ketika berhadapan dengan hero Mage. Kita tahu hero Mage ada mobiliti yang tinggi. Dengan adanya Brute Force Breastplate, setiap damage yang dikeluarkan mampu untuk tingkatkan movement speed sebanyak 3%. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Itu adalah 5 item yang memiliki Magical Defense tertinggi dalam Mobile Legends: Bang Bang. Item-item itu sesuai digunakan oleh hero Tank & Fighter yang ingin counter hero Mage. Selepas ini, kalau jumpa hero Mage, jangan lari!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *