MEMUAT

Taip untuk mencari

Pre M3: Todak mahu kejar peluang mara ke upper bracket M3

atq_hyprgame
Kongsi

Memiliki pengalaman yang lebih banyak sehingga berjaya mara ke pentas dunia sebanyak 3 kali berturut, Todak mahukan peluang untuk mara ke upper bracket M3. 

Todak merupakan pasukan Mobile Legends: Bang Bang Malaysia yang sangat popular sehingga mereka menjadi antara pasukan yang diharapkan untuk merebut kejuaraan M3. 

Sumber: MPL Malaysia

Sebelum ini, Todak belum lagi memiliki peluang untuk menjuarai kejohanan dunia tersebut. Tetapi dengan pengalaman yang mereka ada, mereka lebih bersedia untuk memberi kejutan. 

Dalam sesi temu bual ONE Esports bersama dengan jurulatih dan analisis Todak iaitu Hazim, beliau mengatakan bahawa keberadaan Todak di dalam kumpulan B bersama-sama dengan ONIC PH, ONIC Esports & Keyd Stars tidak memberi tekanan buat mereka. 

Menurut Hazim, 

“Berada dalam ‘kumpulan neraka’ tidak membebankan kami. Kami akan cuba memenangi semua perlawanan. Sudah tentu, upper bracket adalah sasaran utama Todak,”

Selain itu, jurulatih dan analisis Todak itu juga percaya bahawa roster Todak yang sekarang mampu memberikan performa yang lebih baik berbanding dengan sebelum-sebelum ini. 

“Perbezaan antara M1 & M2 dengan M3 ialah kini kami mempunyai gabungan pemain berpengalaman seperti Ciku dan Moon dengan pemain baharu Ajiq dan Yums. Semoga kami mendapat keputusan yang lebih baik tahun ini,”

Sumber: MPL Malaysia

Kumpulan B merupakan antara kumpulan yang perlu digeruni terutamanya dengan adanya juara MPL ID S8 & MPLI 2021 iaitu ONIC Esports. 

Mereka telah pun membuktikan konsistensi & kemampuan mereka ketika di MPL ID S8 & MPLI. Dengan momentum yang dimiliki, ONIC Esports antara salah satu pasukan dalam senarai juara M3. 

Selain daripada ONIC Esports, ONIC PH dan Keyd Stars juga bukanlah pasukan ‘underdog’. Seperti ONIC PH, mereka adalah pasukan terbaik Filipina selepas Blacklist International. 

Pernah menjadi pasukan yang memutuskan win streak Blacklist International di MPL PH S8, ONIC PH bukanlah lawan yang biasa.

Sumber: MPL Malaysia

Pasukan Malaysia, Todak memiliki pengalaman yang lebih banyak berbanding dengan pasukan-pasukan lain terutama buat pemain mereka, Moon & Ciku. Itu merupakan antara kelebihan yang ada pada mereka.  

Kini, di M3, Todak kelihatan lebih bersedia untuk memberikan apa yang mereka ada. Semoga Todak & Team SMG boleh merebut kejuaraan di kejohanan dunia MLBB pada kali ini. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *