MEMUAT

Taip untuk mencari

Pre M3: RRQ Hoshi tidak sengaja jumpa Todak di ranked match

atq_hyprgame
Kongsi

Sebelum bermulanya kejohanan dunia Mobile Legends, semestinya semua pasukan akan mempersiapkan diri dengan mengadakan sesi latihan. 

Begitu juga dengan Todak dan RRQ Hoshi. Salah satu pemain RRQ Hoshi iaitu RRQ Xin sering melakukan live streaming di NimoTV ketika pasukan beliau bermain bersama atau bermain di ranked match.

Sumber: RRQ Hoshi

Di ranked match, pasukan lawan dipilih tentunya dipilih secara rawak. Tetapi pada ketika itu, secara tidak sengaja, RRQ Hoshi telah berjumpa dengan pasukan dari Malaysia iaitu Todak. 

Setelah RRQ Xin sedar bahawa itu merupakan pasukan Todak, pasukan itu terus menjadikan latihan di ranked match sebagai scrim.

Menurut RevivaL TV, perlawanan di antara RRQ Hoshi dan Todak berpihak kepada pasukan RRQ Hoshi apabila RRQ Xin berjaya menunjukkan penggunaan Esmeralda yang cemerlang. 

Sumber: XINNN

Tetapi, itu merupakan latihan di ranked match, tempat untuk berlatih. Walaupun Todak tewas menentang RRQ Hoshi, itu adalah latihan sebelum M3 Championship membuka arena.

Seperti yang sedia tahu, Todak & Team SMG merupakan wakil Malaysia di kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang. 

Jangan lupa beri sokongan buat kedua-dua pasukan Malaysia pada pembukaan peringkat kumpulan yang akan bermula pada 6 Disember ini.  

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *