MEMUAT

Taip untuk mencari

Power Ranking M3: 8 pencabar utama yang akan berikan tekanan di M3

atq_hyprgame
Kongsi

M3 Championship akan mula membuka arena mereka pada 6 Disember sehingga 19 Disember. Kejohanan dunia Mobile Legends akan bersiaran langsung dari Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre

Kumpulan hadiah bagi M3 Championship adalah sebanyak $800,000 USD (kira-kira RM3,328,000) di mana juara M3 Championship bakal membawa pulang sebanyak $300,000 USD (kira-kira RM1,248,000)

Sumber: MPL Malaysia
Sumber: MPL Malaysia

Power Ranking M3 pada kali ini merupakan analisis dari segi potensi & kelebihan yang dilihat ada pada 8 pasukan terbaik Mobile Legends: Bang Bang. 

Sebanyak 16 pasukan akan berentap di peringkat kumpulan M3 yang akan berlangsung pada 6 Disember ini. Tetapi 8 pasukan ini dilihatkan mampu menjadi pencabar utama. 

  1. ONIC Esports

Pasukan yang akan menduduki tempat pertama semestinya pasukan gergasi Indonesia, ONIC Esports yang telah memberikan jangkaan yang luar biasa ketika di MPL ID S8 dan MPLI. 

Menjadi juara MPL ID S8 & MPLI membuat ONIC Esports meletakkan satu penanda aras yang besar terhadap pasukan-pasukan di M3. 

Dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh pasukan itu, ONIC Esports mampu memberikan performa diluar jangkaan. Mereka juga mampu mencipta sejarah Mobile Legends: Bang Bang jika mereka berjaya mejuarai M3 Championship. 

Sumber: MPL Malaysia
  1. Blacklist International

Jika bercakap tentang pasukan Filipina, hanya ada satu sahaja pasukan yang berjaya merebut kejuaraan selama 2 musim berturut iaitu ‘The One & Only Blacklist International’. 

Walaupun mereka tidak dapat menjadi juara MPLI pada tahun ini apabila tewas menentang pasukan ONIC Esports, Blacklist International tetap menjadi pencabar utama yang digeruni di M3.

Chemistry yang dibina oleh mereka merupakan kunci utama kenapa mereka adalah pasukan terbaik di Filipina.

Sumber: MPL Malaysia
  1. RRQ Hoshi

Tak lengkap Power Ranking M3 kalau tiada powerhouse Indonesia, RRQ Hoshi. Mereka adalah Raja Mobile Legends yang banyak mencipta sejarah dalam MPL. 

Dengan adanya pemain Jungler mereka, Alberttt, RRQ Hoshi lebih dari mampu untuk memberi kejutan di M3. Seperti yang kita lihat, RRQ Hoshi banyak memberi performa yang luar biasa ketika MPLI berlangsung. 

Tidak berjaya dapatkan kejuaraan di MPL ID & MPLI, pasukan ini tentunya akan bangkit semula untuk menunjukkan aksi yang lebih baik di M3. 

Sumber: MPL Malaysia
  1. Red Canids 

Pertama kali menjejakkan kaki selepas menjuarai MPL Brazil S1, Red Canids juga antara pencabar utama di M3. 

Walaupun Brazil baru sahaja membuat debut mereka di dalam arena Mobile Legends: Bang Bang, itu akan memberikan sedikit keselesaan buat pasukan Red Canids.

Dengan adanya pasukan baru, susah untuk pasukan-pasukan lain membuat analisis tentang kemahiran & kelebihan yang ada pada pasukan itu. 

Seperti yang kita tahu, MPLI telah pun menemukan pasukan dari Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Kemboja. Rata-rata dari pasukan MPLI sudah pun tahu corak permainan masing-masing. 

Lunna merupakan pemain Red Canids yang selalu diperkatakan. Kehadiran Red Canids ke dalam M3 menjadikan mereka pasukan harapan Brazil.

Sumber: MPL Malaysia
  1. See You Soon

See You Soon, pasukan Kemboja yang tidak boleh dipandang rendah. Mereka mempunyai semangat yang luar biasa. Bukan sahaja telah mencipta sejarah pertama di Kemboja, mereka juga berjaya tewaskan pasukan Malaysia, Todak di MPLI.

Walaupun baru pertama kali bertanding di arena yang agak besar seperti MPLI, See You Soon sudah pun membuktikan bahawa mereka adalah pencabar baru di Land of Dawn.

Sumber: MPL Malaysia
  1. Team SMG

Juara MPL MY S8, Team SMG mempunyai senjata rahsia mereka iaitu SaSa. SaSa yang pernah bermain untuk pasukan ONIC Esports berjaya membawa skil yang beliau ada di Indonesia ke Malaysia. 

Team SMG antara pasukan harapan Malaysia yang boleh mendapatkan kejuaraan di M3. Walaupun baru pertama kali di pentas dunia, Team SMG memiliki kelebihan yang sukar untuk dijangka. 

Sumber: MPL Malaysia
  1. ONIC PH

ONIC PH juga menunjukkan permainan yang baik di MPL PH S8 apabila mereka mendapatkan tempat kedua di kejohanan tersebut. Berlawan dengan Blacklist International bukanlah mudah, tetapi ONIC PH membuktikan kelebihan mereka di grand finals MPL PH S8.

Rata-rata daripada pemain pasukan ONIC PH datang dari pemain-pemain baru. Dengan adanya pengalaman baru di dalam pentas dunia, ONIC PH boleh mendapatkan kedudukan yang baik di M3.

Sumber: MPL Malaysia
  1. Todak MLBB

Satu-satunya pasukan Malaysia yang berjaya ke kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang sebanyak 3 kali berturut-turut iaitu Todak akan melengkapkan power ranking pada kali ini. 

Pengalaman bermain di peringkat dunia & mempunyai pemain-pemain senior, Todak adalah pencabar utama di M3.

Kebanyakan pemain dalam kumpulan Todak adalah pemain-pemain muda yang berbakat dan berkemahiran. Antaranya adalah Cikugais. Ciku merupakan pemain MLBB yang banyak kali membawa meta baru di gelangang MLBB. 

Kali ini, Todak sekali lagi akan diketuai oleh Moon, pemain Todak yang pernah membantu pasukan itu mendapatkan kedudukan ke-3 di M1 Championship. 

Sumber: MPL Malaysia

Apa itu Mobile Legends: Bang Bang World Championships? 

Mobile Legends: Bang Bang World Championships merupakan kejohanan dunia yang diadakan oleh Moonton secara tahunan bagi mencari juara dunia Mobile Legends: Bang Bang.

Kini, Mobile Legends: Bang Bang World Championships telah pun memasuki kejohanan dunia yang ketiga iaitu M3 Championship. 

Mobile Legends: Bang Bang World ChampionshipsJuara
M1 Championship EVOS Legends (Indonesia)
M2 Championship Bren Esports (Filipina) 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *