MEMUAT

Taip untuk mencari

Selamat tinggal Matumbaman – Secret

Kongsi
Selamat tinggal Matumbaman - Secret

Pasukan Secret Dota 2 hanya tinggal 3 pemain sahaja. Masih lagi menjadi rahsia pemain-pemain yang akan berada di dalam barisan pasukan Secret bagi musim DPC yang akan datang.

Terbaru pasukan Secret telah membuat pengumuman berkenaan pemain mereka Lasse Aukusti Urpalainen “MATUMBAMAN” meninggalkan pasukan itu setelah 2 tahun bersama mereka.

Organisasi Secret mengakui keupayaan dan bakat yang ditunjukkan Matu sebagai pemain yang berkaliber. Pemain berusia 26 tahun itu juga mempunyai pencapaian yang menakjubkan sepanjang kariernya di Dota 2, termasuk trofi TI7 dan merupakan permata sebagai pemain Dota 2 profesional.

Matu sebelum ini merupakan salah seorang bekas pemain pasukan Liquid yang diketuai oleh KuroKy tetapi beliau telah keluar secara mengejut daripada pasukan itu. Bagaimanapun, kedatangan Matu ke pasukan Secret telah menunjukkan impak yang luar biasa terhadap pasukan itu. Menurut pasukan Eropah yang lain, Matu umpama udara segar bagi pasukan Secret.

Clement Ivanov “Puppey” memberi sedikit ulasan berkenaan pemergian Matumbaman daripada pasukan, “Matu adalah seorang lelaki yang hebat dan berbakat, dan saya seronok menjadi rakan sepasukan dengannya. Kami berkongsi detik-detik hebat bersama dan saya doakan Matumbaman berjaya untuk kariernya”.

Walau bagaimanapun, dengan pemergian Matu daripada pasukan Secret ini, beliau masih tidak menyatakan apa yang akan dirancangkan beliau di masa akan datang. Tetapi beliau amat berterima kasih kepada bekas rakan sepasukannya.

Credit to : Twitter Team Secret

Kini pasukan Secret hanya mempunyai Michal Jankowski “Nish”, Yazied Jaradat “YapzOr” dan kapten mereka Puppey. Sebelum ini Ludwig Wahlberg “Zai” juga telah meninggalkan pasukan Secret. Apakah perancangan pasukan Secret untuk musim DPC yang akan datang?, memandang 21 November adalah tarikh terakhir untuk mendaftarkan barisan pemain.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya