MEMUAT

Taip untuk mencari

Dota 2 DPC 2022: Jadual, prize pool, format regional & major

atq_hyprgame
Kongsi

Valve telah pun mengumumkan format bagi Dota 2 DPC 2022 yang akan melibatkan pasukan-pasukan profesional Dota 2. 

DPC 2022 seperti biasa akan melibatkan semua Liga Regional di mana ianya akan dibahagikan kepada dua divisi; Divisi I & Divisi II. Cuma pada musim ini, sedikit kelainan telah pun dibawa di DPC 2022.

Pada musim ini, DPC 2022 akan melibatkan tiga kejohanan Major. Sebelum ini, hanya ada 2 kejohanan Major iaitu ONE Esports Singapore Major dan WePlay AniMajor. 

Bagi pasukan Dota 2 yang bakal bersaing di Dota 2: DPC 2022, setiap pasukan harus mengunci roster Dota 2 mereka sebelum 21 November.

Sumber: Valve

Apa itu kejohanan Dota 2: Dota Pro Circuit 2022? 

DPC 2022 boleh dikatakan sebagai ‘qualifier’ untuk setiap pasukan Dota 2 mara ke The International 11. Di DPC 2022, semua pasukan Dota 2 akan mengumpul mata (DPC Points) mereka untuk melayakkan kemaraan mereka di The International (TI).

Selepas tamatnya The International 10, Dota 2 akan mula membuka arena The International 11 mereka. Sebelum membuka kejohanan dunia itu, kesemua pasukan harus melalui liga dan saringan terlebih dahulu. 

Sumber: Dota 2

Sistem DPC telah pun wujud sejak dari tahun 2017 untuk memudahkan lagi penonton, pengikut serta pemain Dota 2 memahami cara DPC Points dikira untuk mara ke The International (TI).

DPC akan membawa sebanyak 6 wilayah pasukan Dota 2 iaitu dari Asia Tenggara (SEA), Amerika Utara (NA), China (CN), Eropah Barat (WEU), Eropah Timur (EEU) dan Amerika Selatan (SA). 

Jadual Dota 2: DPC 2022 

Valve telah pun mengumumkan jadual yang bakal dua divisi yang akan dimainkan di peringkat Liga Regional iaitu Divisi I & Divisi II. Dikatakan bahawa tour yang pertama akan bermula pada 29 November ini. 

  • Tour pertama: 29 November – 23 Januari 2022
  • Tour kedua: 14 Mac 2022 – 24 April 2022
  • Tour ketiga: 6 Jun 2022 – 17 Julai 2022

Jadual mingguan bagi Divisi I

Sumber: Dota 2

Jadual mingguan bagi Divisi II

Sumber: Dota 2

Format kejohanan bagi Major di DPC 2022

Bagi format kejohanan kali ini, setiap kejohanan liga bagi DPC 2022 adalah berbeza-beza. 

Major ialah kejohanan penyingkiran, di mana pasukan berprestasi tinggi dari Liga Serantau bersaing sesama sendiri untuk memperoleh lebih banyak DPC Points dan hadiah wang tunai.

Sumber: Valve

18 pasukan dengan penempatan teratas dalam Divisi I Liga Regional masing-masing akan bersaing di Major. Setiap wilayah akan diberikan 2 slot untuk diisi oleh pasukan. Namun, ada beberapa wilayah yang akan mendapatkan lebih dari 2 slot. Antaranya adalah:

  • Eropah Barat: 4 Slot
  • Eropah Timur: 3 Slot
  • China: 4 Slot
  • Amerika Utara: 2 Slot
  • Asia Tenggara: 3 Slot
  • Amerika Selatan: 2 Slot

Pusingan pembukaan Major berfungsi seperti kejohanan penyingkiran dalam format BO2. Ia lebih kepada Wildcard format yang akan membawa sebanyak 6 pasukan. 2 pasukan teratas dari Wildcard akan maju ke Group Stage.

Group Stage pula berfungsi sebagai kejohanan terbaik dalam format BO2. 2 pasukan teratas dari Divisi I akan mara ke Playoffs Stage. 2 pasukan terbawah dari Divisi II secara automatik akan tersingkir. 

Manakala pasukan yang selebihnya bakal berentap di braket Divisi II pusingan penyingkiran. Pasukan di kedudukan pertama dari setiap wilayah tidak perlu bersaing di Group Stage. Pasukan itu akan terus mara ke Playoffs Stage.

Pembahagian kumpulan hadiah bagi Dota 2: DPC 2022 di Divisi I & Divisi II

Liga Regional akan membawakan sebanyak $280,000 USD yang akan dibahagikan kepada dua divisi; Divisi I dan Divisi II

Divisi IPembahagian Kumpulan HadiahDPC PointsKeputusan
Tempat Pertama$30,000 USD300/400/500 Mara ke Major Playoff Stage
Tempat Kedua$28,000 USD180/240/300 Mara ke Major Group Stage
Tempat Ketiga$27,000 USD120/160/200 Mara ke Major Wildcard Stage
Tempat Keempat$26,000 USD60/80/100 Mara ke Major Wildcard Stage
Tempat Kelima$25,000 USD30/40/50 N/A
Tempat Keenam$24,000 USDN/A N/A
Tempat Ketujuh$23,000 USDN/ABerentap di Divisi II
Tempat Kelapan$22,000 USDN/ABerentap di Divisi II
Divisi IIPembahagian Kumpulan HadiahDPC PointsKeputusan
Tempat Pertama$17,000 USDN/AMara ke Divisi I
Tempat Kedua$16,000 USDN/AMara ke Divisi I
Tempat Ketiga$15,000 USDN/AN/A
Tempat Keempat$11,000 USDN/A N/A
Tempat Kelima$9,000 USDN/AN/A
Tempat Keenam$7,000 USDN/A N/A
Tempat KetujuhN/AN/ATersingkir dari Divisi II
Tempat KelapanN/AN/ATersingkir dari Divisi II

Berikut merupakan kumpulan hadiah yang akan dibahagikan kepada setiap pasukan mengikut kedudukan mereka berdasarkan DPC Points yang dikumpul oleh pasukan Dota 2.

KedudukanPembahagian Kumpulan HadiahDPC Points
Tempat Pertama$200,000 USD400/500/600 
Tempat Kedua$100,000 USD350/450/550 
Tempat Ketiga$75,000 USD300/400/500 
Tempat Keempat$50,000 USD250/350/450 
Tempat Kelima$25,000 USD200/300/400 
Tempat Keenam$25,000 USD200/300/400 
Tempat Ketujuh$12,500 USD100/200/300 
Tempat Kelapan$12,500 USD100/200/300

Selepas tamatnya DPC 2022, hanya pasukan 12 teratas sahaja yang akan mara di kejohanan dunia Dota 2, The International 11. Manakala, 6 lagi pasukan akan ditentukan melalui saringan terakhir di setiap wilayah.

Valve tentunya akan memberitahu informasi semasa ke semasa tentang kejohanan Dota 2: DPC 2022 yang bakal berlangsung pada November ini di laman rasmi mereka, Dota 2

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya