MEMUAT

Taip untuk mencari

Barcelona di Superliga 2022, mula masuk kompetitif League of Legends

atq_hyprgame
Kongsi

Kelab bola sepak Eropah, FC Barcelona, telah pun meningkatkan komitmen mereka dalam bidang e-sukan dengan mendapatkan slot dalam Superliga 2022 yang merupakan salah satu liga serantau yang terpenting di Sepanyol

Dapat dilihatkan bahawa ada beberapa kelab bola sepak yang sudah pun melebarkan sayap mereka di dalam scene kompetitif e-sukan. 

Antara kelab bola sepak yang telah pun menempah nama mereka di dalam scene kompetitif e-sukan adalah FC Schalke 04 & Paris Saint-Germain (PSG)

Sumber: FC Barcelona

Kini, kelab bola sepak Barcelona atau dikenali sebagai Barça telah pun memasuki arena League of Legends dan bakal beraksi di Superliga pada tahun hadapan, 2022. 

Sebelum Barça melebarkan sayap mereka dengan lebih luas, mereka memilih untuk mengikuti Superliga 2022. 

Sebenarnya, ia merupakan satu peluang yang baik buat kelab bola sepak memasuki arena kompetitif e-sukan kerana mereka sudah pun memiliki peminat yang besar dari seluruh dunia.

Jadi, untuk meluaskan lagi nama mereka dalam kompetitif e-sukan, ia akan jadi lebih mudah. Contoh yang boleh dilihat adalah Paris-Saint Germain (PSG) di mana mereka memiliki roster Dota 2 yang terkenal di peringkat dunia.

Superliga League of Legends itu apa? 

Superliga merupakan kejohanan League of Legends yang paling tinggi di Sepanyol. Selain menjadi kejohanan tertinggi, Superliga juga merupakan kejohanan penting dan terbaik yang ada di Eropah.

Sumber: Superliga

Menurut FC Barcelona, Superliga telah mendapatkan tontonan hampir 5 Juta orang. Ia merupakan rekod yang tertinggi sepanjang akhir musim panas 2021.

Selain itu, kejohanan itu juga telah mengumpul 2.6 Juta jam tontonan di mana ia telah merekodkan sebanyak 39% peningkatan berbanding tahun yang sebelumnya.

Apa yang diharapkan dalam divisi e-sukan Barça? 

Komitmen dalam membentuk divisi e-sukan baru Barça adalah salah satu strategi dan motivasi yang sama seperti kami membentuk kelab bola sepak Barcelona.

Kelab bola sepak itu juga mahu membina pemain-pemain yang boleh melebarkan sayap mereka di peringkat antarabangsa serta dunia dalam beberapa tahun yang mendatang. 

Sumber: FC Barcelona

Selain daripada itu, Barcelona juga menyimpan hasrat untuk membawa jenama mereka, Barça di negara-negara besar seperti United States of America dan China.

Barcelona pada masa ini mempunyai tiga pasukan lain seperti eFootball, Rocket League, dan Hearthstone. Sebenarnya FC Barcelona sudah pun memiliki divisi e-sukan mereka sejak dari tahun 2019.

Namun, mereka masih belum lagi masuk ke dalam liga rasmi dengan roster mereka. Format serta roster rasmi pasukan Barcelona untuk League of Legends juga masih belum diberitahu.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *