MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

League of Legends yang merupakan bintang MOBA terkenal sepertinya bakal memasuki battle royale pertama mereka. 

Dua permainan yang berbeza iaitu MOBA dan battle royale dijangka akan melakukan kolaborasi bersama — kolaborasi ini sememangnya antara kolaborasi yang bakal mengejutkan peminat MOBA dan battle royale

Sumber: PUBG Mobile

Kenapa ia dikatakan bakal mengejutkan peminat jika PUBG Mobile dan League of Legends Arcane melakukan kolaborasi? 

Ini kerana ia merupakan kali pertama League of Legends akan berkerjasama dengan nama lain selain dari Riot. Sebelum ini, karakter atau watak-watak di dalam League of Legends hanya dipaparkan di dalam Riot Games sahaja. 

Kini, mereka sepertinya akan membuat kolaborasi bersama dengan permainan battle royale terkenal secara global iaitu PUBG Mobile. Jika kolaborasi ini adalah rasmi, ia merupakan kali pertama League of Legends berkerjasama dengan dunia yang berlainan — battle royale

Sumber: PUBG Mobile

Di laman rasmi Twitter milik PUBG Mobile, mereka ada memuat naik satu posting tentang kolaborasi yang bakal dilancarkan. Dari gambar itu, imej awal kelihatan memaparkan bayang-bayang Vi, Jinx, Caitlyn dan Jayce

Mereka merupakan 4 champion yang banyak dipaparkan dalam rancangan Netflix yang akan datang iaitu Arcane. 4 champion itu dilihatkan berada di Mylta Power pada peta Erangel. 

Di Facebook, ThePotatoWard ada memuat naik satu video tentang senjata yang bakal dilancarkan bersama-sama dengan kolaborasi di antara League of Legends Arcane dan PUBG Mobile.

Namun, kenyataan rasmi tentang kolaborasi ini masih belum dikeluarkan.

Sebelum ini, PUBG Mobile ada membuat kolaborasi bersama-sama dengan siri anime dan manga popular iaitu Jujutsu Kaisen. PUBG Mobile juga telah pun melancarkan kolaborasi bersama dengan “Baby Shark”. 

Setiap kerjasama yang dilancarkan oleh PUBG Mobile membolehkan pemain-pemain PUBG Mobile mendapatkan item terbaru menerusi kolaborasi tersebut.

Sumber: PUBG Mobile

Siri Netflix Arcane yang akan memaparkan beberapa karakter champion League of Legends & sejarah mereka di Piltover dan Zaun akan mengadakan tayangan perdana pada 6 November ini!

Namun, informasi lanjut tentang kerjasama PUBG Mobile dan League of Legends Arcane masih belum dikeluarkan secara rasmi.

PUBG Mobile juga bakal dan akan berkolaborasi bersama dengan jenama Supercar Sweden, Koenigsegg & Liverpool FC!

PUBG Mobile x Koenigsegg

Selepas McLaren dan Tesla, PUBG Mobile membuat kolaborasi dengan jenama supercar Sweden, Koenigsegg. PUBG Mobile x Koenigsegg akan memaparkan 2 supercar dari Koenigsegg iaitu Koenigsegg Jesko dan Koenigsegg Gemera. 2 supercar ini akan didatangi dengan 3 pilihan warna!

Sumber: PUBG Mobile

PUBG Mobile x Liverpool FC

PUBG Mobile juga akan mengadakan kolaborasi dengan kelab bola professional dari England iaitu Liverpool FC pada 12 November ini!

Kolaborasi dengan pasukan gergasi di Premier League ini akan memberi peluang buat pemain-pemain PUBG Mobile mendapatkan beberapa ganjaran dan backpack secara kekal.

Sumber: PUBG Mobile

Sebelum ini, PUBG Mobile telah pun mendapatkan sambutan yang menggalakkan ketika permainan battle royale ini berkolaborasi dengan nama-nama besar seperti:

Alan Walker, Blackpink, McLaren, Yamaha, Mountain Dew, The Walking Dead, Kong vs Godzilla, Tesla, Resident Evil, Metro Exodus dan Jujutsu Kaisen.

PUBG Mobile merupakan permainan battle royale yang banyak membuat kolaborasi bersama nama-nama besar di seluruh dunia!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *