MEMUAT

Taip untuk mencari

Marci di nerf selepas sehari dikeluarkan

Kongsi
Marci di nerf selepas sehari dikeluarkan

Valve tidak membuang masa untuk menyeimbangkan hero Dota 2 baharu mereka ‘Marci’. Beberapa perubahan yang dilakukan terhadap kebolehannya untuk menjadikan hero baharu itu kurang dominan.

Statistik Dotabuff menunjukkan bahawa kadar kemenangan Marci meningkat dengan ketara sepanjang keluaran hero itu. Dia memenangi 52% permainan, tetapi apabila Marci mencapai level 20 dan ke atas, kadar kemenangan itu meningkat kepada 60%. Seperti biasa pemain akan memilih hero baharu dan kadar pilihan Marci adalah secara purata 54%, kerana ramai pemain ingin melihat kebolehan hero tersebut.

Bagi pemain Dota 2 semestinya mereka tahu setiap keluaran hero baharu semestinya kuat. Pemain juga turut mengharamkan hero itu di dalam permainan kerana ia sulit untuk dilawan dan kadar ban rate menunjukkan 60% semenjak hero itu dimasukkan ke dalam Dota 2.

Respon daripada Valve untuk melakukan nerf terhadap Marci juga terlalu cepat, ia di nerf sehari selepas hero itu di masukkan. Sesetengah pemain merasakan tindakan valve terlalu cepat dan valve seharusnya melihat statistik terhadap hero itu lebih lama sebelum membuat tindakan. Manakala ada juga pemain lain yang berharap nerf cepat ini akan menurunkan kadar larangan hero baharu itu di dalam permainan, supaya mereka dapat merasai hero ‘Marci’ itu.

Perubahan yang dibuat terhadap Marci :

  • General
    • Base mana regen reduced from 0.5 to 0
  • Dispose
    • Damage reduced from 70/140/210/280 to 70/130/190/250
  • Rebound
    • Cast/Jump range reduced from 850 to 800
  • Unleash
    • Duration reduced from 18 to 16
    • Pulse damage reduced from 80/150/220 to 60/130/200
  • Talents
    • Level 15: Reduced from plus 250 Rebound Cast/Jump Range to plus 200
    • Level 20: Reduced from 1.75-second Sidekick Spell Immunity to 1.5 seconds

Nampaknya Valve masih memperhatikan statistik hero tersebut dan mereka tidak risau untuk membuat kemaskini walaupun perkara itu kecil bagi pemain.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya