MEMUAT

Taip untuk mencari

T1 akan terus kekalkan roster Dota 2 mereka di DPC akan datang

atq_hyprgame
Kongsi

Selepas berakhirnya The International 10, kebanyakan pasukan Dota 2 telah mengalami rombakan & khabar angin yang berkaitan dengan pertukaran pemain dan roster baru.

Sumber: T1 NAT1ON

Tetapi di sebalik khabar angin tentang pertukaran pemain dan roster baru yang tentunya satu perkara yang biasa selepas tamatnya kejohanan, pasukan T1 membuat keputusan untuk mengekalkan barisan Dota 2 mereka. 

Sumber: T1 NAT1ON

Organisasi e-sukan itu telah mengumumkan perkara ini di media sosial mereka di mana roster Dota 2 mereka akan dikekalkan dengan barisan pemain yang sama. 

Mereka juga akan kekal dilatih di bawah Park “March” Tae-won.

Di dalam satu video yang dimuat naik oleh organasisa e-sukan itu di Youtube, pemain pasukan itu menyatakan bahawa mereka teruja untuk meneruskan perjalanan mereka dengan roster yang sama. 

T1 NAT1ON

Pasukan itu juga memberitahu bahawa mereka tidak sabar untuk kembali dengan lebih kuat pada musim hadapan. 

T1 juga akan bermain dengan menggunakan roster yang sama di DPC pada musim yang akan datang. 

Pemain-pemain berikut merupakan pemain yang akan tetap kekal di dalam roster T1: 

  • Nuengnara “23savage” Teeramahanon
  • Karl “Karl” Jayme
  • Carlo “Kuku” Palad
  • Kenny “Xepher” Deo
  • Matthew “Whitemon” Filemon

Park “March” Tae-won ada mengatakan bahawa keputusan yang dimiliki ketika di The International 10 bukanlah segala-galanya. 

“My goal coming to TI10 was to perform to our practice, train really hard. The results don’t really matter. Play to your full potential and play without any regret,”

T1 merupakan salah satu pasukan di The International 10 yang berjaya mendapatkan kedudukan ke 7-8.

Dengan kekalnya roster pasukan T1, pasti peminat-peminat mereka khususnya dari Asia Tenggara mahukan comeback dari pasukan itu di The International yang akan datang. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *