MEMUAT

Taip untuk mencari

Team Spirit juara The International 10

Kongsi
Team Spirit juara The International 10

Trofi Aegis Dota 2 telah kembali ke Eropah Timur untuk pertama kalinya sejak kejohanan perdana pada tahun 2011, Team Spirit telah memenangi The International 2021 dan dinobatkan sebagai juara dunia. Setelah mengetuai kedudukan 2-0 di awal 5 terbaik, termasuk kekalahan pada perlawanan keempat yang sengit yang meninggalkan rekod di kedudukan 2-2, Team Spirit membawa pasukan itu menjadi juara dalam perlawanan akhir.

Berpusat di Moscow, Team Spirit kini akan menerima pembayaran hadiah tunggal terbesar dalam sejarah esports: $18,208,300 USD. Mereka juga merupakan pasukan pertama dari Eropah Timur yang menang semenjak pasukan Ukraine Natus Vincere (Na’Vi) memenangi Dota 2 International pertama pada tahun 2011.

Sumber : Dotatvru

Empat tahun terakhir Dota 2 yang kompetitif ditentukan oleh pasukan yang berpusat di Kesatuan Eropah. Team Liquid menang pada tahun 2017, kemudian OG meraih kemenangan back to back pada 2018 dan 2019. Kejohanan 2020 dibatalkan, dan kumpulan hadiah dipindahkan ke tahun ini.

Walaupun berada di lower bracket setelah dikalahkan oleh pasukan Secret pada perlawanan pertama mereka. Mereka berjaya untuk mendaki semula dan telah menyingkirkan pasukan OG yang merupakan juara bertahan dan mereka juga mengalahkan pasukan Virtus.pro. 

Perkara yang paling mengejutkan ialah kemenangan mereka ke atas juara 2012 Invictus Gaming, yang telah diperkatakan sebagai salah satu pasukan terkuat dalam kejohanan itu setelah merekodkan 6-2-0 semasa peringkat kumpulan.

Team Spirit telah menewaskan pasukan China PSG.LGD di Grand Final dan meletakkan pasukan PSG.LGD di tempat yang kedua dengan hadiah naib juara $5,202,400 USD.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya