MEMUAT

Taip untuk mencari

Tweet OG Esports tentang ucapan T1 Xepher, “Mama, aku di TI” viral

atq_hyprgame
Kongsi

Pusingan penentuan di antara T1 dan Alliance sama ada salah satu pasukan ini akan disingkirkan atau mara ke pusingan seterusnya telah pun ditentukan di Main Event Lower Bracket TI10. 

Pasukan dari Korea Selatan itu berjaya menewaskan Alliance dengan 2-0. Di dalam pasukan T1, terdapat beberapa pemain yang berasal dari Indonesia. Salah satunya adalah Xepher. 

Sumber: T1

Menerusi temu bual ketika pasukan beliau berjaya memenangi perlawanan menentang Alliance, Xepher meminta kebenaran kepada talent shout caster popular di TI10 iaitu SirActionsSlacks untuk memberi ucapan dalam bahasa iaitu Bahasa Indonesia. 

Xepher telah memberi ucapan, “Mama, aku di TI” ketika ditemu bual oleh SirActionsSlacks. 

Rata-rata dari warga Indonesia dan peminat pasukan tersebut bangga dengan apa yang diucapkan oleh Xepher kerana beliau menggunakan bahasa Indonesia untuk memberi ucapan di pentas dunia itu.

Sebaik sahaja temu bual itu berakhir, ucapan “Mama, aku di TI” oleh Xepher telah tular di semua platfom media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok. 

Tidak lupa juga kepada juara The International 2 kali berturut-turut iaitu OG Esports. Organisasi e-sukan ini juga turut memuat naik di laman rasmi Twitter mereka tentang ucapan yang dibuat oleh Xepher.

OG juga meminta Dota 2 untuk menjadikan ucapan tersebut sebagai “voiceline”

Seperti yang sedia maklum, The International 10 telah pun berlangsung sejak dari 7 Oktober lalu dan akan berakhir pada 17 Oktober ini. Jumlah wang tunai terkumpul adalah sebanyak $40 Juta USD.

T1 akan menentang pasukan Vici Gaming pada hari ini selepas pasukan itu memenangi perlawanan menentang pasukan Evil Geniuses. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *