MEMUAT

Taip untuk mencari

MLXG saman RNG berkenaan gajinya

Kongsi
MLXG saman RNG berkenaan gajinya

Bekas pemain profesional dan juga streamer Liu Shi-Yu yang lebih dikenali sebagai “MLXG” telah mengemukakan saman terhadap organisasinya yang terdahulu. Beliau yang bermain di posisi jungler buat pasukan RNG atau Royal Never Give Up itu tidak pernah dibayar gajinya malahan deposit juga tidak diberikan semasa beliau menandatangani kontraknya bersama organisasi itu.

Tanpa membuang waktu, MLXG terus mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat RNG bulan lalu. Beliau juga menyentuh kesemua tuduhan kesalahan yang telah dibuat oleh syarikat terbabit.

MLXG juga menyatakan “terlalu banyak janji yang ditaburkan dan janji yang dimungkiri membuatkan saya hilang semua kepercayaan dan kesabaran terhadap syarikat itu”.

Beliau yang telah bersara daripada professional scene pada tahun 2018 setelah empat tahun bersama Royal Never Give Up. Sebagai pemula pasukan, MLXG memenangi kejohanan MSI 2018 dan mendapat dua gelaran domestik dengan organisasi itu. Selepas tamat kejohanan Demacia Cup pada tahun 2018 itu juga MLXG memilih untuk berehat dari kancah profesional sebelum bersara secara rasmi.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *