MEMUAT

Taip untuk mencari

Worlds 2021 janjikan $2,225,000 USD kumpulan hadiah

atq_hyprgame
Kongsi

League of Legends World Championships 2021 telah pun membuka tirai pada 5 Oktober secara offline di Reykjavik, Iceland bertempat di arena sukan tertutup Laugardalshöll. 

Kejohanan ini akan mengambil masa selama satu bulan panjang di mana 22 pasukan akan berentap untuk merebut kejuaraan dan membawa pulang juara Worlds 2021. 

Sumber: Riot Games

Worlds 2021 merupakan salah satu kejohanan terbesar dalam kejohanan e-sukan di dunia dan menjanjikan kumpulan hadiah sebanyak $2,225,000USD. 

Pasukan yang menyertai Worlds 2021 merupakan pasukan yang berjaya meletakkan kedudukan mereka di tempat yang terbaik melalui kejohanan yang diadakan di wilayah masing-masing.

Terdapat 11 wilayah yang akan menampilkan pasukan-pasukan terbaik berentap untuk Summoner’s Cup pada tahun ini.

Sumber: Riot Games

22 pasukan yang akan mewakili wilayah mereka adalah adalah:

LPL (China) — FunPlus Pheonix, EDG, RNG & LNG

LCK (Korea) — DWG KIA, Gen.G, T1 & Hanwha Life

LEC (Eropah) — MAD Lions, Fnatic & Rogue

LCS (Amerika Utara) — 100 Thieves, Team Liquid & Cloud9

PCS (TW/HK/MCSEA) — PSG Talon & Beyond Gaming 

Bagi Vietnam, wakil pasukan dari negara itu tidak dapat menyertai Worlds 2021 kerana pasukan Vietnam mempunyai kesukaran mendapatkan keizinan pas perjalanan dan visa. Pada 9 September yang lalu, Riot telah mengesahkan perkara ini. 

Walaupun pasukan Vietnam tidak berjaya menyertai Worlds 2021 disebabkan oleh masalah yang dihadapi, menurut Riot, mereka tetap harus meneruskan kejohanan ini. 

LCL (CIS) — Unicorns of Love

LLA (Amerika Latin) — Infinity Esports

TCL (Turki) — Galatasary Esports

CBLOL (Brazil) — RED Canids

LJL (Jepun) — DetonatioN FocusMe

LCO (Oceania) — PEACE  

22 pasukan terbaik yang menyertai Worlds 2021 merupakan pasukan yang telah melalui saringan kejohanan di wilayah masing-masing. 

Berikut merupakan tarikh bagi peringkat-peringkat yang akan dimainkan: 

  • Play-ins: 5 Oktober – 9 Oktober
  • Group stage: 11 Oktober – 13 Oktober & 15 Oktober – 18 Oktober
  • Quarterfinals: 22 Oktober – 25 Oktober
  • Semifinals: 30 Oktober – 31 Oktober
  • Finals: 6 November 

Klik di sini untuk mengetahui informasi tentang Worlds 2021 dengan lebih lanjut: Worlds 2021 — Lokasi & format



Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya