MEMUAT

Taip untuk mencari

XOX Unity League 2021 Grand Finals janjikan RM 100,000

atq_hyprgame
Kongsi

Terbaru, akan berlangsungnya XOX Unity League 2021 Grand Finals pada hujung minggu ini, 21 Ogos sehingga 22 Ogos

Sumber: XOX Unity League

XOX Unity League dibawakan khas oleh XOX Malaysia. XOX Unity League 2021 Grand Finals akan bersiaran langsung di Facebook Unity League dan Youtube Unity League.

Kumpulan hadiah bagi pertandingan ini adalah sebanyak RM 100,000. 

Terdapat beberapa kategori pemenang iaitu Champion, Runner Up, 2nd Runner Up, 3rd Runner Up, 5th Place, 6th Place, 7th Place, 8th – 11th Place dan akhir sekali hadiah bagi pasukan yang mendapat tempat kedua belas sehingga enam belas

Sumber: XOX Unity League

Terdapat 16 pasukan yang akan menyertai XOX Unity League 2021 Grand Finals ini iaitu:

SEM9.GANK, Team SMG, Yoodo Alliance, Agent in Pyjamas, RMC Glazer, RSG, Berubah Gaming, Last Survivor Liberty, Suhaz Esports, 4Rivals, Reckless Reborn, ESDK Sanguine, DMS.FV, Geek Fam, Hastalavista E-Sukan dan Jabberwocky.

Sumber: XOX Unity League

16 pasukan yang dapat melayakkan diri ke peringkat akhir adalah pasukan yang telah berjaya mendapat tempat 8 teratas di peringkat separuh akhir bagi Kumpulan A dan Kumpulan B. 

Keseluruhan mata 8 pasukan terbaik di Kumpulan A:

Keseluruhan mata 8 pasukan terbaik di Kumpulan B:

Sebelum ini, di Kumpulan A dan Kumpulan B, hanya ada 3 pasukan sahaja yang berjaya membawa pulang “2 Chicken Dinner”.

Pasukan itu adalah Suhaz Esports, SEM9.GANK dan Team SMG.

Sumber: XOX Unity League

Adakah 3 pasukan ini akan memberi cabaran kepada pasukan-pasukan yang lain bagi merebut gelaran Juara XOX Unity League 2021?

Sama-sama kita nantikan XOX Unity League 2021 Grand Finals di laman rasmi Facebook XOX Unity League dan Youtube XOX Unity League pada 21 Ogos dan 22 Ogos ini!

Terus berikan sokongan yang padu dan sepenuhnya buat pasukan kegemaran anda. Tentunya sokongan anda amat diperlukan. 

Dan jangan lupa gunakan tanda palang #XOXMALAYSIA #XOXUNITYLEAGUE #PUBGMGRANDFINAL #PUBGMOBILEXOXUNITYLEAGUE2021GRANDFINAL di siaran langsung XOX Unity League 2021 Grand Finals nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *