MEMUAT

Taip untuk mencari

Janick sertai NSP Esport di PMPL S4

Kongsi
Janick sertai NSP Esport di PMPL S4

Sebelum ini, NSP Esports ada memuat naik satu posting tentang penaja rasmi yang bakal menaja mereka. Dalam posting tersebut, NSP mendedahkan bahawa tajaan rasmi mereka adalah Boom Energy Shot dan Hausboom. 

Pada 15 Ogos, NSP Esports ada memuat naik satu video di laman rasmi Facebook miliknya untuk mengajak warganet teka siapakah yang bakal diserap masuk ke dalam barisan pubgm mereka iaitu NSP Astra. Di dalam video yang dimuat naik oleh NSP Esports, organisasi itu memberitahu bahawa pengumuman rasmi akan dibuat pada jam 8 malam semalam.

Kapsyen yang ditulis oleh organisasi e-sukan tersebut menggambarkan bahawa mereka juga tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan pemain yang berbakat bagi melengkapi skuad yang akan bersaing di PMPL S4 MY/SG  ini. 

Terbaru, tepat jam 8 malam semalam, NSP Esports mengumumkan kemasukan pemain baru di dalam NSP Astra iatu Janick. 

Janick merupakan bekas pemain profesional PUBG Mobile bagi pasukan Todak. Tetapi, pasukan itu tidak berjaya melayakkan diri ke arena PMPL S4 setelah tewas di Zon Terakhir PMNC 2021 baru-baru ini. 
Apakah dengan kemasukkan Janick ke dalam barisan pemain akan membuatkan pasukan NSP Astra menjadi lebih baik daripada sebelum ini?. Sama-sama kita nantikan performance daripada pemain baharu ini sehingga beliau diserap ke dalam pasukan oleh organisasi pasukan NSP Esport .

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *