MEMUAT

Taip untuk mencari

Pemain Bot Lane “Danny” dari pasukan Evil Geniuses telah memenangi anugerah LCS Rookie of the Year.

Kongsi
Pemain Bot Lane “Danny” dari pasukan Evil Geniuses telah memenangi anugerah LCS Rookie of the Year.

Kyle “Danny” Sakamaki dari pasukan Evil Geniuses dinobatkan sebagai Rookie terbaik Tahun 2021 LCS setelah menunjukkan prestasi yang cemerlang untuk tahun yang pertama.

Danny juga memenangi hadiah setelah dia menguasai liga di Summer Split bersama pasukannya Evil Geniuses. Danny yang baru berusia 17 tahun itu juga, telah membantu pasukan Evil Geniuses menavigasi jalur bottom lane dengan sokongan berpengalaman Lee “IgNar” Dong-Geun, yang bergabung dengan pasukan tahun lalu. Sejak bergabung dengan LCS pada tahun 2020, pasukan Evil Geniuses telah berjuang di wilayah peta ini, dan akhirnya mereka telah menemukan bot laner yang ideal dan pemain fancais yang berpotensi.

Selepas pertandingan summer split, Danny dan Evil Geniuses mendekati playoff musim panas sebagai pilihan ketiga. Dengan catatan 18-9, skuad itu berjaya mengejar pasukan teratas yang lain setelah keputusan di spring split yang agak mengecewakan. Hasilnya, Evil Geniuses adalah pasukan yang paling terbaik di LCS SPLIT ini,dan Danny memainkan peranan yang penting dalam hal itu.

Dengan jumlah 111kills di 27 permainan yang dimainkan, sebagai bot laner remaja ini juga mendapat jumlah “kills” yang paling banyak di LCS musim panas ini. Edward “Tactical” Ra, LCS Rookie of the Year pada tahun 2020, sebelum Danny. Dengan pendakian Danny, LCS sekarang memiliki sekumpulan pemain bot laner yang sangat baik, dalam meta yang tepat mereka juga boleh bermain di peringkat internasional.

Danny memperoleh pingat itu bukan hanya kerana “kills” tetapi pencapaianya di bidang lain juga. Danny menduduki tempat keempat di antara bot laners yang memberikan damage per minute terhadap lawan. Walaupun dia masih muda, tetapi ini lebih dari cukup untuk membuatkan pasukan Evil Geniuses sebagai pasukan yang boleh dipercayai. Danny juga menunjukkan kumpulan juara yang kuat dan menyesuaikan dirinya dengan meta heroes seperti Samira dan Ziggs. Hero Tristana telah menjadi salah satu hero yang dikuasai oleh Danny ia juga ibarat mempunyai hubungan istimewa dengan hero itu.

Danny akan berusaha mengekalkan momentum ini di playoff pertamanya , di mana dia telah membuktikan bahawa dia boleh bermain dalam format terbaik dari lima walaupun dibawah tekanan. Danny membantu pasukan Evil Geniuses untuk kemenangan 3-1 ke atas Dignitas dalam penampilan playoff pertamanya. Pada hari ini, 14 Ogos, Evil Geniuses akan bertemu pasukan 100Thieves.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel sebelumnya
Artikel seterusnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya