MEMUAT

Taip untuk mencari

SanCorn mempunyai masalah kesihatan.

Kongsi
SanCorn mempunyai masalah kesihatan.

Muhammad Nur Ihsan 20,atau lebih dikenali sebagai ‘ SanCorn ‘ yang juga seorang streamer dan pemain Pubg Mobile professional bagi pasukan Homebois .

Kini beliau mengalami masalah kesihatan iaitu pedih di usus dan buasir. Pada jam lebih kurang 11 pagi tadi San memuat naik beberapa catatan di ig story yang mengatakan dirinya kini mengalami penyakit buasir dan pedih di usus.

Pemain bagi pasukan homeboiss itu juga memaklumkan bahawa kesakitan yang dialaminya bukan sakit biasa-biasa, malah ia menyebabkan terasa denyutan di bahagian perut sehinggakan badannya bergetar-getar dan badan berangin.

“ Susah nak tidur dan nak berjalan pun tak larat”. Dia kini sudah pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang walaupun dalam keadaan kesihatannya bergitu meskipun semasa memandu dia terasa seolah sedang bermimpi. – ujar San 

Beliau juga menyatakan faktor-fakor yang menyebabkan dirinya mengalami penyakit itu adalah disebabkan “ kurang minum air , makan makanan pedas, kebanyakan makan makanan segera, kurang memakan sayur dan juga buah-buahan. “ 

Semoga SanCorn cepat pulih seperti hari hari sebelumnya dan dapat beraksi di pentas PMPL MY/SG musim keempat. Memandangkan PMPL semakin hampir dan akan diadakan pada 24 Ogos 2021

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *