MEMUAT

Taip untuk mencari

Al-Fatihah Agusalim bin Amran

atq_hyprgame
Kongsi

Perginya seorang insan dan sahabat yang sangat baik, Agusalim bin Amran.

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un.

Agusalim bin Amran (Hahagus) selaku jurulatih pasukan PUBG Mobile, SEM9.GANK telah meninggal dunia pada hari ini, Jumaat, 13 Ogos 2021 setelah lama bertarung nyawa melawan Covid-19. 

Hahagus telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh. 

Berita duka ini telah disahkan dan diberitahu oleh abang Hahagus, Ali Sofhuan Amran di strim Manparang dan Draxx. 

Assalamualaikum, adik saya Agusalim bin Amran dan meninggal dunia tadi. Terima kasih mendoakannya selama ini.” – Ali Sofhuan Amran.

Hahagus telah memulakan karier beliau sebagai jurulatih buat pasukan SEM9.GANK yang dulunya dikenali sebagai Yoodo Gank dari tahun 2020. Di bawah jagaan Hahagus, SEM9.GANK berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila mereka menjuarai PUBG Mobile Pro League – Spring Split 2020: Southeast Asia. 

Pada bulan Julai yang lalu, Hahagus sekali lagi membuktikan bahawa beliau berjaya membawa nama pasukannya di PUBG Mobile National Championship Malaysia (PMNC) 2021. Dengan pengawasan rapi oleh Hahagus, SEM9.GANK berjaya mendapat tempat kedua di PMNC 2021. Sekali gus melayakkan mereka ke PMPL Season 4. 

Hahagus merupakan seorang jurulatih yang sangat baik. Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada anak-anak buahnya – Manparang, Draxx, Bravo, Putra dan Dep. Kehadiran beliau sebagai jurulatih SEM9.GANK sejak tahun 2020 sememangnya memberikan sinar dan semangat buat keluarga itu. 

Jasa beliau dalam mendidik, memberi ilmu, menjadi seorang “ayah” kepada anak-anak buah beliau, memastikan mental dan fizikal pasukannya berada dalam keadaan yang baik, terlalu banyak jasa Hahagus. Beliau bukan sahaja curahkan ilmu kepada SEM9.GANK tetapi juga buat penonton-penonton livestream beliau. Setiap kali beliau membuat livestream, pasti akan ada ilmu baru yang akan beliau kongsikan. 

Sesungguhnya kehilangan Agusalim bin Amran pada hari Jumaat yang Mulia ini merupakan satu kehilangan yang sangat sedih dan duka buat mereka yang mengenali Hahagus dengan lebih rapat. Tiada kata yang dapat diungkapkan. Beliau merupakan seorang jurulatih, anak, kawan, keluarga, abang dan sahabat yang disayangi oleh semua. 

Takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang mengenali Agusalim bin Amran. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Agusalim bin Amran,

May you be among the martyrs, the truthful, the righteous in the Gardens of Paradise. May Allah grant you His Mercy and a beautiful patience for your family, friends, supporters and loved ones. May you be together on a space and dimension that is far more beautiful and perfect than this imperefect life, where true happiness will be for eternity, Aameen. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *