MEMUAT

Taip untuk mencari

Hahagus kini terpaksa ditidurkan .

Kongsi

Hahagus atau lebih dikenali sebagai Agusalim bin Amran adalah seorang Coach bagi pasukan Sem9 yang sebelum ini dinamakan pasukan Gank dan telah bersama pasukan itu semenjak awal 2020 tahun lalu. Dan sekarang beliau dijangkiti Covid-19 dan berada di dalam ICU kerana saluran oxygen didalam nya pecah.

Semalam baru sahaja selesai bacaan yassin untuk ” Agusalim bin Amran ” yang dibuat oleh supporter beliau. Agus juga hadir dalam majlis bacaan yassin tersebut.
Selepas selesai saja majlis tersebut, ramai kawan-kawan dan juga supporter beliau bertanyakan akan kondisi beliau. Agus mengatakan bahawa paru-paru beliau dalam keadaan ” senget ” dan berlubang. Hal itu menyebabkan dirinya sukar untuk bernafas sendiri dan membuatkan dirinya terpaksa memakai alat bantuan penafasan.

Agus tidak putus-putus mengatakan bahawa dirinya kuat, cuma separuh daripada paru-parunya kini sudah tidak boleh berfungsi dengan baik. Semalam dia ada memuat naik satu status di instagram yang menyatakan diri kini dimasuk ke ICU. Perkara itu membuatkan para peminat dan juga sahabat beliau risau akan dirinya.

Pada jam 11 pagi tadi, beliau memuat naik satu lagi status yang mengatakan ” Bye Tidur Dulu” . Maksud tidurkan oleh beliau adalah prosedur intubasi kepada pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan alat pernafasan. Prosedur ‘Elective Intubation’ iaitu koma itu bertujuan menyalurkan oksigen ke paru-paru pesakit menggunakan ventilator bagi meningkatkan kadar oksigen.

“Dalam menentukan pesakit ditidurkan apabila tahap oksigen pesakit rendah dan mengalami kegagalan pernafasan atau ‘respiratory failure’.

“Ini berlaku apabila tahap oksigen di dalam darah sangat rendah manakala tahap karbon dioksida sangat tinggi.

“Sebelum pesakit berhenti bernafas atau pengsan dengan sendiri, kita bagi ubat tidurkan dia dan masukkan tiub pernafasan ke dalam saluran trakeanya untuk menghantar oksigen ke paru-paru,” – DR Malar

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *