RiotGames bans IShowSpeed dari Valorant

Share

Seorang Youtuber terkenal IShowSpeed telah di banned oleh pihak Riot Games selepas terdapat beberapa clips video pergaduhan mulut di dalam permainan mereka tersebar luas.

IShowSpeed yang merupakan seorang Youtuber terkenal itu, telah menjadi topik utama dalam kalangan pemain komuniti Valorants selepas clips videonya memaki hamun seorang wanita tersebar. Perkara itu terjadi, selepas IShowSpeed gagal untuk memenangkan round yang seharusnya mudah untuknya.

Clips video itu tersebar luas selepas Jake Lucky memuat naik clip berkenaan di Twitternya dan menyatakan bahawa “Valorant queues are so unbelievably toxic”. Perkara itu telah mendapat perhatian pihak Riot Games, dan telah melakukan langkah yang sepatutnya dengan mengharamkan IShowSpeed daripada bermain mana-mana permainan video mereka.

Walau bagaimanapun, IShowSpeed telah meminta maaf secara terbuka dan kepada dua individu yang telah menjadi mangsa amarahnya ketika itu. Menurut beliau, video berkenaan terjadi selepas beliau mendapat berita kematian ibu saudaranya dan telah membuatkan emosinya tidak stabil ketika melakukan siaran langsung.

Perkara ini telah diselesaikan antara mereka, dan IShowSpeed juga telah dikenakan hukuman yang setimpal dan tidak dibenarkan untuk bermain sebarang permainan video dibawah Riot Games untuk selama-lamanya.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!