Riot akan mengeluarkan ejen Sentinel?

Share

Baru-baru ini Riot Games telah membuat kemaskini State of the Agents, yang memberikan banyak maklumat kepada pemain VALORANT mengenai ejen Sentinel yang mempunyai mekanik yang ringkas.

Sudah berbulan Riot memberikan teasing berkenaan ejen baharu ini. Ejen yang berpakaian kemas dan dikenali sebagai Deadeye yang muncul dalam Year One Anthem video, dan membawa senapang sniper di bahunya.

-Kemusnahan peta Fracture juga kebarangkalian ada kaitan dengan ejen baharu ini. 

VALORANT juga ada memuat naik tweet berkenaan keseimbangan ejen yang berada dalam permainan itu.

Seperti yang kita sedia tahu, Valorant hanya mempunyai 3 ejen sahaja yang memegang peranan sebagai Sentinel iaitu SAGE, KILLJOY, dan CYPHER. Kemungkinan RiotGames ingin memberikan tumpuan pada mekanikal permainan yang memberikan perbezaan terhadap permainan video FPS yang lain.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!