PUBG Mobile x Jujutsu Kaisen rasmi akan datang 15 Februari ini!

Share

Akhirnya, antara kolaborasi yang dinanti-nantikan oleh peminat anime Jujutsu Kaisen telah rasmi akan merealisasikan kolaborasi dengan PUBG Mobile pada 15 Februari ini. Akan ada peta Istimewa hasil daripada kolaborasi ini di mana pemain boleh berlawan dengan The Cursed Spirit & temukan jari Sukuna! 

Pada September yang lalu, PUBG Mobile ada memuat naik satu video tentang kolaborasi mereka bersama dengan Jujutsu Kaisen. Agak lama sebenarnya. Seperti yang kita tahu, PUBG Mobile banyak mengadakan kolaborasi dengan nama-nama besar. Ini adalah salah satu kolaborasi yang popular lebih-lebih lagi dalam kalangan penggemar anime. 

Sumber: PUBG Mobile

Ada map istimewa Livik & Erangel untuk kolaborasi Jujutsu Kaisen

Untuk kolaborasi ini, akan ada peta istimewa yang boleh dimainkan di Livik & Erangel. Di peta kolaborasi PUBG Mobile x Jujutsu Kaisen, pemain boleh temukan Locked Treasure Boxes. Dalam Locked Treasure Boxes akan ada beberapa barangan penting seperti senjata, Attachment, Vest & lain-lain. 

Locked Treasure Boxes juga merupakan tempat penyimpanan item hasil daripada kolaborasi ini sendiri iaitu jari Sukuna. Rasanya semua tahu bahawa jari Sukuna merupakan pemilik watak antagonis dalam Jujutsu Kaisen. 

Di peta event tersebut, pemain juga boleh dapatkan pengalaman berlawan dengan Cursed Spirit di mana pemain boleh temukan Skull Grenade yang terdapat dalam permainan & lemparkan ia kepada Cursed Spirit tersebut. Jika pemain berhasil tewaskan Cursed Spirit, akan ada ganjaran yang menanti! 

Sumber: PUBG Mobile

Selain daripada kolaborasi ini, PUBG Mobile juga mengumumkan kemasukan peta baru dalam permainan mereka iaitu Santorini. Peta ini juga boleh dimainkan di Mode Team Death Match (TDM) tetapi kali ini sedikit istimewa. Selalunya TDM hanya beleh bermain 4V4 tetapi untuk peta baru ini, ia boleh dimainkan 8V8.

Memang menarik! Bukan itu sahaja! Kalau sebelum ini, TDM boleh bermain 4V4 & jumlah penyingkiran dalam TDM 4V4 adalah sebanyak 40. Untuk peta Santorini di TDM, PUBG Mobile telah menaikkan lagi kuantiti penyingkiran kepada 2 kali ganda — 80 penyingkiran!

Sumber: PUBG Mobile

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!