Piala Presiden Esports 2021 bagi Mobile Legends: Bang Bang sudah hampir ke penghujungnya di mana 4 pasukan profesional akan berentap di main event untuk merebut gelaran juara.
Kejohanan Piala Presiden Esports 2021 menawarkan menawarkan hadiah kumpulan sebanyak 2 Miliar (kira-kira RM 585,362).
Sebelum masuk ke cara main event, peringkat kumpulan bagi Piala Presiden 2021 sudah pun berlangsung & berakhir pada 5 Disember semalam.
Setelah peringkat kumpulan yang melibatkan 10 pasukan telah tamat, kini 2 pasukan teratas dalam Kumpulan A dan Kumpulan B bersedia untuk membuka main event.
4 pasukan yang berjaya ke main event terdiri daripada pasukan profesional Mobile Legends. Antaranya adalah Alter Ego, RRQ, Bigetron Alpha & AURA Fire.
Piala Presiden akan membuka arena main event mereka pada 17 Disember sehingga 19 Disember ini. Kejohanan terakhir Mobile Legends ini akan diadakan secara offline di The Westin Resort Nusa Dua – Mangapura Hall, Bali.
Jika dilihatkan, 2 pasukan Mobile Legends iaitu Alter Ego (Kumpulan A) & AURA Fire (Kumpulan B), kedua-dua pasukan ini memberikan performa yang sangat baik terutama buat pasukan AURA Fire.
Sepanjang peringkat kumpulan berlangsung, AURA Fire merupakan satu-satunya pasukan yang merekodkan kemenangan bersih, 4-0-0.
Apa tujuan Piala Presiden Esports diadakan?
Seperti yang sedia tahu, Indonesia mempunyai banyak kejohanan-kejohanan buat pasukan baru & pasukan profesional terutamanya untuk Mobile Legends & PUBG Mobile.
Kejohanan ini merupakan inisiatif yang diadakan bagi menyokong dan meningkatkan lagi ekosistem serta industri e-sukan di Indonesia sendiri.
Selain daripada memberi peluang kepada pasukan-pasukan profesional e-sukan yang sedia ada, kejohanan ini juga membuka peluang buat pasukan-pasukan lain yang berbakat namun memiliki platform yang terhad untuk menunjukkan bakat mereka.
Siaran langsung Piala Presiden Esports 2021 boleh ditonton di Youtube Blibli & IESPL_ID.
Untuk informasi terkini tentang Piala Presiden Esports 2021, boleh ke Instagram Piala Presiden Esports 2021, IESPL.ID & KINCIR.com.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!